FRASA NAMA
 

1.0 PENDAHALUAN

1.1 PENGENALAN
Dalam menghuraikan definisi tatabahasa kita tidak dapat lari daripada menyentuh pendapat-pendapat ahli-ahli bahasa, khususnya ahli falsafah barat. Kajian yang dibuat oleh pengkaji barat inilah yang dijadikan panduan dan asas yang dipegang oleh pengkaji –pengkaji bahasa tempatan seperti Za’ba, Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar, Abdullah Hassan dan ramai lagi.
Menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan ia menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah, serta menjamin kemantapan bahasa sesuatu bahasa. Menurut Chomsky lagi, tatabahasa berfungsi dalam memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis, daripada yang tidak gramatis. Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan pemilihan pengguna bahasa itu untuk membina ayat-ayat yang baik. Oleh itu, dapatlah dinyatakan bahawa ia merupakan dasar yang menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul atau salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan atau penulisan yang dihasilkan.
 Menurut Robin (1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu yang menitik beratkan struktur uturan pertuturan atau penulisan dan dengan penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang berdasarkan rumus-rumusnya.
 Bagi A.Koutsaudas (1969:1) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul ayng tidak terbatas jumlahnya dalam sesuatu  bahasa dan tidak ada satupun yang salah.
 Menurut  Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua sudut, iaitu melibatkan cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan disusun menjadi ayat. Huraian di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala huraian di peringkat ayat disebut sintaksis.
Dapat dirumuskan bahawa tatabahasa merupakan suatu teori bahasa yang harus disusun dengan tepat, lengkap, dan mudah difahami. Ianya dapat dihuraikan dengan jelas tentang kebolehan bahasa disusun dan digunakan oleh penutur natif sesuatu bahasa. Tatabahasa sesuatu bahasa itu mengandungi tiga bidang utama, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi. Tatabahasa menjadi suatu dasar dalam menyusun sesuatu ayat dengan betul.
Tatabahasa juga boleh dilihat sebagai teori tentang peraturan yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat, dan lengkap. Dalam membingcangkan tentang frasa nama, lebih mudah jika dikaji dari sudut sudut  aliran-aliran yang terdapat dalam tatabahasa. Antara aliran tersebut adalah, aliran tatabahasa tradisional, tatabahasa struktural, tatabahasa tranformasi genaratif  dan akhir sekali tatabahasa fungsional. Setiap aliran tatabahasa ini memberi takfsiran yang berbeza mengenai frasa nama.
 

1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Untuk mengkaji frasa nama.
 

1.3 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian dalam menyiapkan  kertas kerja ini ada dua cara iaitu, dengan kaedah keperpustakaan dan analisis teks. Kaedah keperpustakaan iaitu dengan menyelidik buku-buku di perpustakaan UPM, perpustakaan Tun Seri Lanang UKM, serta ke Perpustakaan Negara.
Dengan analisis teks, saya telah menganalisis beberapa buku, karangan pelbagai pengarang, yang terpenting ialah Tatabahasa Dewan, hasil karangan Nik Safiah Karim [et. al], Asmah Hj. Omar dan banyak lagi.
 
 

1.4 BATASAN

Kajian ini dikhususkan kepada frasa nama sahaja.
 

1.5 DEFINISI KONSEP
Dalam nahu tranformasi generatif, frasa didefinisikan sebagai bahagian ayat kerana itu frasanya mungkin terdiri daripada kata, rangkai kata atau klausa (anak ayat).
Menurut Tatabahasa Dewan frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.
Manakala Asmah Hj. Omar pula memdefinisikan frasa sebagai unit yang dalam skala tatatingkat nahu  yang menduduki peringkat di atas kata dan di bawah klausa. Tetapi aliran tradisional, mengatakan frasa terdiri dari sekurang-kurangnya dua kata yang letaknya berturutan tetapi tidak mempunyai subjek dan predikat.
 Nama pula mengikut Kamus Dewan edisi ketiga memberi pengertian sebagai panggilan atau sebutan bagi orang (barang, tempat, pertumbuhan, dan lain-lain).
Frasa nama pula didefinisikan oleh Liaw Yock Fang bersama Abdullah Hassan sebagai frasa yang boleh menggantikan kata nama di dalam ayat.
Manakala Nik Safiah Karim [et. al] yang menyentuh mengenai frasa nama memberi definisi sebagai binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

Asmah Hj. Omar pula mendefinisikan frasa nama sebagai frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, di samping boleh menggantikan kata nama.
 

2.0 KONSITUEN FRASA NAMA
 Konstituen atau unsur yang menjadi frasa nama (FN) terdiri daripada kata nama  sebagai unsur intinya. Unsur inti ini boleh hadir bersendirian dengan sederetan penerang yang wujud sebelum (FN) atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah FN.
 Ada pendapat yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh menjadi pengisi FN jika unsur-unsur itu  boleh saling mengganti dengan unsur–unsur nama. Misalnya:
(i) Bersenam menyihatkan badan.
 Frasa nama senaman sebagai pengisi FN boleh digantikan oleh kata kerja bersenam, seperti dalam contoh yang berikut:
(ii) Bersenam menyihatkan badan.
 Contoh-contoh unsur bukan nama yang lain yang diangggap boleh menjadi pengisi FN ialah kata kerja (KK) seperti berolahraga, merokok, bersawah, dan perli-memperli, FN seperti berlagak ke sana ke mari, dan makan suap, dan kata adjektif seperti putih. Misalnya seperti contoh ayat di bawah:
 1. Berolahraga menjadi kegemaran remaja
 2. Merokok kebiasaan ayah saya.
 Pendapat lain pula mengatakan bahawa unsur-unsur yang menduduki tempat subjek FN dalam ayat-ayat di atas ialah  penerang kepada unsur inti yang telah dihilangkan.
 Oleh yang demikian, unsur-unsur inti yang menjadi pengisi inti FN adalah daripada golongan KN juga, iaitu kegiatan, aktiviti, tabiat, perkerjaan, perbuatan dan warna. Jika dipandang dari sudut kehadirannya, jenis-jenis KK dan KA di dalam ayat di atas boleh juga dianggap sebagai inti subjek FN. Dengan kata lain FN boleh dibentuk daripada KN, KA dan KK.
 

3.0 BINAAN FRASA NAMA
 Binaan FN boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja, ataupun sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan-perkataan itu. Pertama, jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh FN itu, sementara perkataan-perkataan lain merupakan penerangnya. Jenis kedua ialah jenis yang terdiri dairpada dua unsur inti di dalamnya.
 Inti ialah unsur yang diberi dari segi makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang  merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Di bawah ini akan diterangkan satu persatu konsituen FN yang mengandungi binaan inti + penerang dan inti + inti.

3.1  BINAAN FRASA NAMA: INTI + PENERANG
FN jenis ini boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan yang berikut:
(i) Inti + penerang nama
(ii) Inti + penerang bukan nama
 (i) Inti + Penerang Nama
Semua konstituennya terdiri daripada KN, dengan inti dan penerangnya adalah KN. KN yang mengisi unsur penerang boleh merupakan:
(a) Penerang nama keturunan
(b) Penerang nama jenis
(c) Penerang nama penyambut
(d) Penereng nama kegunaan
(e) Penerang nama kelamin
(f) Penerang nama tempat
(g) Penerang nama arah
(h) Penerang nama anggota badan
(i) Penerang nama tenaga penggerak
(j) Penerang nama hal atau perkara
(k) Penerang nama milik
(l) Penerang nama khas
(m) Penerang nama panggilan atau gelaran
* Penerang merupakan keterangan lanjut tentang aspek-aspek tertentu pada inti KN.
 

(a) Inti + penerang nama keturunan
 Menerangkan aspek salasilah pada inti KN. Misalnya:
FRASA NAMA
Inti Penerang Nama Keturunan
orang
keturunan
suku bangsa Melayu
Jawa
Kadazan

(b) Inti + penerang nama jenis.
 Menerangkan jenis-jenis tertentu bagi nama-nama itu, contohnya:
FRASA NAMA
Inti Penerang Nama Jenis
harimau
pokok
pingat bintang
sawit
gangsa

(c) Inti + penerang nama penyambut.
Menerangkan perkara atau benda yang menjadi objek atau penyambut kepada alat atau pelaku yang ada pada intinya.
FRASA NAMA
Inti (Sebagai Alat Atau Pelaku) Penerang Nama Penyambut
penjaga
pam
pengurus stor
air
syarikat

(d) Inti + penerang nama kegunaan
Menerangkan makna fungsi atau peranan kepada inti.
 

FRASA NAMA
Inti  Penerang Nama Kegunaan
alat
minyak
kayu pemadam
pelincir
pemukul

(e) Inti + penerang nama kelamin.
Menerangkan jenis jantina bagi inti. Contohnya:
FRASA NAMA
Inti  Penerang Nama Kelamin
ayam
orang
kaum jantan
lelaki
perempuan

(f) Inti + penerang nama tempat
Penerang tempat ialah unsur yang menerangkan lokasi bagi inti.
FRASA NAMA
Inti Penerang Nama Tempat
anak
penduduk
Melayu Johor
bandar
Pulau Pinang

(g) Inti + penerang nama arah.
Penerang nama arah ialah unsur yang menerangkan hala bagi inti.
FRASA NAMA
Inti Penerang Nama Arah
kawasan
wilayah
angin Barat
Selatan
Timur

(h) Inti + penerang nama anggota badan.
Menerangkan bahagian badan yang berkaitan dengan inti itu.
FRASA NAMA
Inti Penerang Nama Anggota Badan
jam
sarung
   sakit tangan
kaki
jantung

(i) Inti + penerang nama tenaga penggerak.
Penerang nama anggota badan menerangkan bahagian tubuh badan yang berkaitan dengan inti.
FRASA NAMA
Inti Penerang Nama Tenaga Penggerak
   lampu
   dapur
   kapal minyak
gas
api

(j) Inti + penerang nama perihal atau perkara
Penerang perihal ialah unsur yang menerangkan hal atau perkara tentang inti.
FRASA NAMA
Inti Penerang Nama Perihal atau Perkara
   borang
   surat
   garis pendaftaran
perjanjian
permulaan

(k) Inti + penerang nama milik
Menerangkan makna kepunyaan bagi benda dalam inti.
FRASA NAMA
Inti Penerang Nama Milik
   rumah
   bumbung
   kemajuan saya
sekolah
Malaysia

(l) Inti + penerang nama khas
Merupakan jenis perkataan yang menunjukkan kata nama bagi menerangkan inti.
FRASA NAMA
Inti Penerang Nama Khas
   bandar
   Republik
   planet Ipoh
Indonesia
Marikh

    (m) Inti + penerang nama panggilan atau gelaran.
Merupakan unsur yang merujuk nama jolokan atau penghormatan kepada makhluk atau benda.
FRASA NAMA
Penerang Nama Panggilan Gelaran Inti
   Haji
   Si Ahmad
Belang

(ii) Inti + Penerang Bukan Nama
   Penerang bukan nama, terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas KN, iaitu:
(a) penerang penentu
(b) penerang KK atau akar KK
(c) penerang KA
(d) penerang FSN
(e) penerang bilangan ordinal
(a) Inti + penerang penentu
Unsur yang memberi sifat ketentuan kepada KN dan kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang inti.
Ada dua golongan penerang penentu KN, iaitu:
(i) Penentu hadapan
(ii) Penentu belakang
 (i) Penentu Hadapan
Unsur-unsur yang hadir di hadapa  KN, yang mungkin terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan.
FRASA NAMA
PENENTU HADAPAN
Inti
Bilangan Penjodoh Bilangan
lima
sepuluh
Kelima-lima orang
buah
ekor askar
bangunan
kambing

 (ii) Penentu Belakang
Merupakan unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur itu
 Terdiri daripada kata penentu itu dan ini.
 FRASA NAMA
Inti Penentu Belakang
   orang
   rumah itu
ini

(b) Inti + penerang kata kerja (akar kata)
 Umumnya menerangkan kelakuan kepada inti.
 FRASA NAMA
Inti Penerang Kata Kerja
kolam
wad
bilik renang
bersalin
mandi
 

(c) Inti + penerang KA.
Merupakan unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti.
Penerang Kata Adjektif
Inti Penerang Kata Adjektif
warna
minyak
rumah
bulan merah tua
wangi
haram
terang

(d) Inti + penerang FSN
Merupakan unsur-unsur yang mengandungi kata sendi dengan diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung antaranya makna tempat, waktu, bahan asli, dan matlamat.
 FRASA NAMA

Inti Penerang Kata Adjektif
 Sendi Nama Nama
kehidupan
kiriman
lawatan
 pada
daripada
ke masa ini
abang
Muzium Negara

(e) Inti + penerang bilangan ordinal
 Ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan.
 FRASA NAMA
Inti Penerang Bilangan Ordinal
tempat
tingkat
anak pertama
kesepuluh
kedua
 
 
 

3.2. BINAAN FRASA NAMA: INTI + INTI
 Jenis ini mempunyai makna penerang, kerana tiada unsur penerang. Ada dua golongan FN dari jenis ini + inti iaitu:
(a) Inti + inti denganb makna sama erti.
(b) Inti + inti dengan maksud lawan erti.

(a) Inti + Inti Dengan Maksud Sama Erti
Merupakan semacam ulangan.
 
 FRASA NAMA
Inti Inti
tubuh
rakan
hutan badan
taulan
rimba
 

(b) Inti + Inti Dengan Maksud Lawan Erti
 FRASA NAMA
Inti Inti
kerusi
lelaki
tuan meja
perempuan
puan
 
 

4. SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA
 Iaitu mengikut hukum D-M
4.1. Peraturan D.M
 D-M bermaksud diterangkan (unsur inti), dan menerangkan (unsur penerang).
 FRASA NAMA
Diterangkan (Inti) Menerangkan (Penerang)
orang
kelapa
penulis lelaki
sawit
buku

4.2. Kekecualian Hukum D-M
 Kekecualian ini wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama sekali pada nama-nama jawatan.
 FRASA NAMA
Penerang (M) Yang Menerangkan (D)
perdana
ibu
naib menteri
pejabat
presiden

4.3. Bilangan dan Penggilan
Terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan atau nama panggilan dan gelaran, maka unsur ini hadir di hadapan FN.

4.4 Penerang
 Inti mungkin juga mempunyai penerang lebih daripada satu. Peraturan kedudukan penerang-penerang ini adalah seperti berikut:
(i) Inti + Penerang Adjektif + Penerang + Penentu Belakang
(ii) Inti + Penerang.
? Ada juga di dalamnya terdapat dua unsur penerang atau lebih, yang terdiri daripada frasa-frasa. Dalam kewujudan begini, frasa penerang yang menerangkan sifat hadir selepas inti, sementara yang menerangkan millik, hasil, jenis, dan sebagainya wujud selepasnya.
Dua frasa nama boleh juga wujud serentak, iaitu unsur yang ke dua dan unsur yang kedua dan unsur yang pertama merujuk benda yang serupa.

5.0 KESIMPULAN
  Dengan ini dapatlah dibuat kesimpualan bahawa frasa nama dalam bahasa Melayu mempunyai binaan yang kompleks. Namun demikian, jika dipandang dari sudut kedudukan unsur-unsurnya, binaan frasa nama boleh digambarkan seperti di bawah:
Bil + Penj Bil + Gel + KNIn + KNIn + Pen + Pent
 Walau bagaimanapun, tidak semua frasa nama mesti mengandungi setiap unsur yang disenaraikan di atas.