Make your own free website on Tripod.com
ILMU LINGUISTIK; PERBANDINGAN TEORI DAN KENYATAAN
OLEH : JAMES T. COLLINS
 
 
Ilmu linguistik bermula di Calcutta pada tahun 1786 dan ianya masyhur di kalangan cendikiawan pada ketika itu. Di dalam membicarakan tentang dialek Melayu Ambon terdapat kemusykilan di mana huruf  a ditukarkan dengan huruf a,o,u,i dan e seperti besar disebut "basar" dan lain-lain perkataan lagi. Dialek tersebut juga dipanggil bahasa Kreol yang memperlihatkan percampuran bahasa. Perkembangan bahasa Melayu di Pulau Ambon   bermula  sejak akhir tahun 1980-an di mana terdapat banyak tulisan yang menyentuh penggunaan bahasa serta pengarug sosial di daerah Maluku itu. di luar Maluku, tiga dialek Melayu lain telah timbul, iaitu dialek Kupang, dialek Manado, dan dialek Makasar di samping dialek Brunei yang mempunyai kaitan dengan dialek Melayu Ambon. Jadi, sejauh manakah dialek-dialek tersebut mempunyai kaitan dalam mempertingkatkan dialek Melayu Ambon.