Make your own free website on Tripod.com
Merah Inai Tinggal Kenangan
 
 

kecewa dan hampa membendung. hanya tangisan menjadi kekasih hati sejak peristiwa hitam itu berlaku. kami dijadualkan bernikah pada tanggal 7hb ogos 98. perkenalan yang berpanjangan hingga berjaya menjejakkan kaki ke alam pertunangan membuat aku lebih yakin bahawa si dia akan terus berubah. penglibatannya dalam seni silat serta gerak laku harian nya meneguhkan lagi impian ini untuk terus bersamanya.

dalam keghairahan membuat persiapan untuk hari bahagia ku, tiba-tiba satu dugaan besar datang menimpa. si dia telah diberkas sekali lagi kerana dadah dan kini ditempatkan di pusat pemulihan.

segala pembayaran untuk majlis perkhawinan telah pun hampir kesemua dilaksanakan. kegembiraan ku selama tiga tahun bersamanya telah diragut. aku tersentak dari tidur yang panjang mungkin. tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan si dia terlibat lagi dengan dadah.

kini malamku hanya bertemankan airmata. dunia ku gelap gelita. mujurlah aku punya segumpal iman dan percaya bahawa semua ini adalah ketentuan allah. allah lebih menyanyangi diriku maka itu petaka ini berlaku sekarang dan tidak di hari kemudian.

allah tidak zalim pada umatnya. itulah pesanan seorang uztaz di al-falah yang menjadi pegangan ku. berkat sholatku serta doa yang tidak pernah putus, alhamdullilah aku masih kuat dan dapat menempuh ujian ini walau terpaksa bergenang deraian airmata. yang terbaik pasti ada nun hujung di sana. . . . .

buat pembaca sudut ini, doakanlah agar aku dibekalkan dengan sifat redha dan tabah akan kehendak tuhan ini.
 
 

Previous                            Next
 
Home

Menu Utama