Make your own free website on Tripod.com
SIAL
 

bawa SIAL..mungkin bila kita diuduh begini..darah kita yang muda pasti mengelegak...tetapi jika perkataan ini terbit dari mulut orang yang kita kasihi dan sayangi sepanjang hayat kita, tentu ianya meninggalkan kesan yang berpanjangan dan mendalam.Aku tidak pernah tahu apa bala dan sial nya aku pada keluarga ini tapi sepanjang ingatan aku setiap kali aku berada di sekeliling mereka aku tak pernah merasa kedamaian.
Aku bukan pinta untuk ditatang, dimanja dibelai setiap hari cuma aku perlukan ketenangan apabila pulang kepangkuan mereka. Setiap kali kehadiran ku ke kampung, pasti ada pertengkaran berlaku.Kadang-kadang pada perkara yang kecil. Sehingga perkataan itu ditujukan padaku. Apa..akukah yang membawa sial ke rumah ini? akukah penyebab nya.
syukurlah aku insan yang masih berpegang pada ajaran Nya. hormat ibu bapa, cikgu, orang tua dan pada yang kurang upaya, terang tuk aku sewaktu ketika dulu.Aku simpan kata-kata ini sebagai azimat.
aku impikan saat indah yang dahulu tetapi aku redha pada ketentuan Allah. aku redha dengan takdir nya. Dan aku berdoa semoga satu hari nanti aku kembali kepada kepangkuan mereka membawa rahmat bukannya sial sepanjang hayat. Mungkin ada sinar kebahgiaan di hujung perjalanan ini nanti. Amin.
 
 

Previous
 

Home

Menu Utama