Kajian

  1. R.H.Geldern, seorang ahli prasejarah dari Wien, Austria membuat kajian ke atas kapak-kapak tuan (beliung batu) di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sungai Irrawady, Sungai Salween, Sungai Yangtze dan Sungai Hwang telah dibawa oleh orang-orang Asia Tengah ke pulauan Melayu ini. Teori ini lemah dan ditolak kerana kapak-kapak ini telah dijumpai di Amerika dan Eropah pada zaman yang sama.
  2. J.H.C.Kern (1889), seorang ahli bahasa Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Astronesia yang lain. Beliau mengkaji beberapa perkataan yang digunakan seharian, antaranya padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan dan ubi. Perkataan-perkataan ini telah digunakan di pulau Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau lain di Lautan Pasifik. Rumusannya bahasa Melayu adalah berasal daripada satu bahasa induk yang ada di Asia.
  3. William Marsden (1843), dalam kajiannya mendapati bahasa Melayu termasuk ke dalam rumpun bahasa Nusantara. Ia serumpun dengan bahasa Mikronesia, Melanesia dan polinesia dengan induknya bahasa Austronesia.Penyebaran bahasa Austronesia berlaku di bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi) danselatan Asaia (kawasan Nusantara) dan tidak termasuk ke wilayah Asia Tengah.
  4. E. Aymonier dan A. Cabaton, mendapati bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia.
  5. Hamy, berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa adalah warisan bahasa benua.
  6. W. Humbolt, pula berpendapat bahasa Melayu terutamanya bahasa Jawa banyak menggunakan bahasa Sanskrit.
  7. J.Reinhold Foster (1880), mendapati pembentukan kata bahasa Melayu dan bahasa Polinesia ada persamaan . Kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa Melayu Polinesia Purba. Bahasa Melayu dan bahasa Campa di Kempucea menunjukka