HUMOR    BERSANTAI
 

Menatang Buaya
Gossip 

 
Menantang Buaya

               Ada seorang konglomerat yang kaya banget, dia sering mengadakan
               pesta-pesta di pinggir kolam renangnya di istananya yang luas. Dia juga
               penggemar buaya buas lalu dia pelihara 10 ekor buaya di dalam kolam
               renangnya itu.

               Suatu malam, dia mengadakan pesta besar, lalu ditengah-tengah acara itu di
               mengadakan sayembara bahwa siapa yang bisa berenang menyeberangi kolam
               renang dengan selamat akan diberi 1 juta dollar US (nilai yang sangat besar di
               masa krismon).

               Beberapa detik setelah dia mengumumkan sayembara, terdengar ada orang
               nyebur ke kolam. Terlihat seorang pemuda sedang berenang menyeberang
               kolam dengan gaya bebas yang sangat cepat diiringi tepuk tangan meriah dari
               pengunjung. Pemuda itu terus berenang sampai akhirnya tiba diseberang kolam
               dengan selamat.

               Konglomerat langsung menghampiri dan menanyakan bagaimana cara
               mendapatkan Nyali yang begitu besar tersebut dan siap akan menyerahkan
               hadiahnya. Pemuda itu dengan terengah-engah berbicara dengan konglomerat
               itu .....saya tidak butuh 1 juta dollar itu tetapi saya butuh "ORANG YANG
               MENDORONG SAYA KE KOLAM RENANG........!!!!!!"
 
 

 
 

Gossip

I'm really, really sorry to say that in this gossip section, I'm gonna have to use my native Bahasa Melayu, since I'm not so very good gossiping in English. Those non-Bahasa speaking people, apa lagi??? Keluarlah!!!!! Oh ye, please check my links to other friends yang buat gossip sections jugak.............viva gossip!!!!

Saya nie, kalau nak kira, memanglah tak berapa pandai nak mengata-ngata orang nie.......maklumlah, kita nie orang baik. Tapi asyik orang mengata kitaaaa aje, bosanlah jugak, kan??? Lagipun, saya nie kalau setakat nak menceritakan kisah-kisah atau cerita-cerita sensasi terbaru mengenai orang....bolehlah. Well, apa sangatlah yang boleh saya ceritakan, kalau nak banding dengan Juwie atau Huzz tu (mereka tu professional, saya nie kira amateur pun tak sampai lagi....) tapi, cerita-cerita yang bakal saya sampaikan nie pun, kira hangatlah jugak. Cuma mungkin orang tak tahu aje. Kalau tahu pun, mungkin orang taknak layan. Tapi, sebelum saya mula, saya nak mintak maaflah ye banyak-banyak kalau ade apa-apa yang saya nak ceritakan nanti nie menyinggung atau mengganggu ketenteraman saudara saudari sekalian. Maklumlah, kita nia manusia, tak lari dari membuat kesilapan dan kesalahan. Lainlah kalau kita nie binatang, kan K.A???? Oh ye, sebelum saya mula jugak, saya nak ucap ribuan terima kasih kepada saudara Harith Faruqi (jangan lupa tengok gossip section dia pulak, dia punya lagi grand you.....) kerana memberikan saya dorongan serta galakan untuk membuat ruangan yang serba ceria nie. I love you.......(wah macam penyanyi pulak aku nie). OKlah aku pun dah tak larat nak melalut panjang nie. Nanti pengsan korang baca susah pulak ye...... Kita mulakan gossip kita....... K.A, fasten your seatbelt. Manalah tahu kot-kot ter'blown away' disebabkan oleh 'awful truths' yang aku bakal sampaikan nie.......
 
 

•10/10 -- Hari tu ade saya dapat email dari sorang kawan X di NY, katanya dia ade dapat satu "email layang" dan dalam email tu, sender tu mengutuk-ngutuk dan mencaci kawan kita si X nie. Kesian saya dengar. Lagipun dia dah forwardkan dah email tu kat I, memang teruklah siapa yang buat macam nie. Tapi si X nie, katanya dia dapat agak siapa yang menghantar email buruk tu. Alah, perkara yang dah lalu berzaman-zaman tu, lupakan ajelah.......lagipun sekarang nie masing-masing dah berbahagia. Apa nak dendam lagi?? Saya nie kalau cakap kat orang, bukan main. Ini saya sendiri kisah silam tak habis-habis lagi......lagi mau bagi nasihat....... •10/1 -- Berita Hangat!!! Berita Hangat!!! Ini ade saya paste-kan email dari saudara.....siapa lagi?? Tujuan email ini ialah untuk "membuka buku baru".....hahahaha....baca tau:
"Hariss.. Assalamualaikummm Ni akulah.. K.A....kalau kau masih lagi marah ke...benci ke kat aku...aku na k mintak maaf Tak bestlah kalau kita dah sampai kat U.S masih nak berdendam...aku dah lupa sem ua pasal apa yang kita pernah gaduh dulu....Kita bukak buku baru lah Aku dah bukak John punya homepage....biarlah apa yang dia nak kata kat aku.. ..tapi Allah tu Maha Berkuasa....... Tapi kalau korang nak berbaik balik dengan aku....aku rela....ak u dah lupa semua benda-benda dulu. Jomlah kita buang yang keruh...ambil yang jer nih.. Tak usah nak bermusuh-musuh lagi. Biarlah kita selalu contact....kalau kau nak d atang Drexel ni...kau boleh datang duduk rumah aku.. Kita dah jadi student ni, d uduk kat negara orang lagi... tak elok le nak bergaduh.... Kalau kau rasa sudi nak berkawan dengan aku lagi..Kau balaslah balik email a ku nih. Kau bagitaulah kat John pasal nih.. Aku tak dapat pun email dia...So aku tak boleh nak contact dia... Kirim salam aku kat faizal. Email lah aku, ok? Bye......."
Amacam, kelas kan?? Macam tulah, kalau orang suka bermuka-muka.....tak kuasa aku nak layan you....... •9/30 -- Dengar khabarnye, ramai jugak budak Unitek yang bakal datang ke Tulane untuk Spring 1998. Baguslah........Tapi, mana-mana budak Unitek yang tengah buat Electrical Engineering tu......saya dengar lab kat Unitek tu tak siap-siap lagi.....Masa saya dulu pun macam tu jugak. Kononnya dua tiga bulan lagi siap, rupa-rupanya nasib yang sama menimpa adik-adik junior.....kesian anda......sabar ajelah......Alah takkanlah tak kenal-kenal lagi kot Unitek?? Nanti you all datang sini sama-samalah kita bergiat cergas dalam kelab MDK -- Menganga Dalam Kelas. •9/29 -- Wah, nampaknye ade orang marah kita tulis pasal dia dalam homepage kita.......malu konon........rasakan!! Dia tu sebar cerita kita satu Malaysia, kita tak malu?? Tapi takpelah, kita lagi kelas, guna www lagi.....world wide web you.......dia tu takat dalam Malaysia aje...........apa kelas?? •9/20 -- Ini adelah sumbangan gossip khas dari seorang pembaca setia: Saya nie memang suka baca ruangan gossip saudara fairuz kita nie...bukannya apanya...kadang-kadang tu boleh menyedarkan manusia lain tentang perangai manusia lain yang tak serupa manusia...nak kata macam binatang pun tak boleh sebab binatang pun lebih mulia dari golongan yang sebegini...saya nie bercakap secara general saja...malaslah nak jatuhkan air muka orang nie...bukan macam manusia satu tu....kalau pasal mencanang berita orang, menjatuhkan peribadi orang dan memalukan orang demi kepentingan diri sendiri memang nombor satu...beginilah para pembaca semua, kalau nak berkawan tu pandai-pandailah pilih, jangan sampai terpilih kawan yang hanya pandai mengambil kesempatan, nanti buruk padahnya...tengok macam tuan editor kita...kan dah terkena...kesian saya tengok dia...entah apa cerita yang dijaja ke seluruh pelosok dunia...diri sendiri sundal lagi mau kata orang...jangan ingat orang tak tahu! orang yang tahu tu cuma malas je nak hebah sebab masih bersikap kemanusiaan....kan...kan...kan...:) •9/15 -- Sekarang nie musim cuti sekolah untuk kawan-kawan kita yang berada dekat university yang guna sistem quarter. Untuk pengetahuan umum, saudara Harith sekarang nie tengah berada kat New Orleans..........buat apa tu....you all faham-faham sendiri ajelah......kan ke si buah hati dia ade kat sini.......apa lagi?? Bercandalah.........kelas gitue......... •9/5 -- Wah, hari nie merupakan hari bersejarah di bumi Drexel Uni sebab ketibaan kawan-kawan kita dari Unitek, lebih tepat lagi, dari Malaysia......Antara para celebrity yang I maksudkan tu ialah saudara Amar, Fazli, Andrison....etc, etc....dan "saudarai" K.A.....Nampaknya datang juga ye K.A ke US nie.....Mesti terasa bagai mimpi, kan K.A?? Kau tahu tak K.A, budak-budak Drexel semuanya rasa sedih sangat hari tu bila diorang dapat berita bahawa kau tak "mampu", dengan result kau tu, untuk fly ke Drexel. Tapi sekarang sure semuanya sudah berubah kan?? Dengan adenya kau di sana, maknanya lebih indahlah suasana belajar, yelah bolehlah buat study group macam yang kau selalu buat di Unitek dulu. Tapi jangan study group jadi mengumpat group sudahlah. Alah janganlah buat tak paham pulak. Dan kepada semua budak Drexel lain tu, saya nasihatkan, "sebelum pakai baju tu, tengok-tengoklah dulu ye.....maklumlah, kalau ade bahagian tepi kain yang terkoyak, nanti satu dunia tahu....." Saya bercakap melalui pengalaman nie.......Lagi satu, kalau rasa-rasa ade nak ceritakan kisah-kisah atau perkara-perkara private kepada sesiapa, berhati-hati sikit. Janganlah cepat percaya dengan kata-kata manis orang. Nanti silap-silap, cerita you guys semua dijaja serata US!! Bye......... •8/3 -- Kawan-kawan di Drexel, harap bersabar ye menerima berita tergempar ini. Jejaka idaman ramai, K.A, tidak dapat meneruskan pelajarannya ke universiti anda kerana sampai sekarang beliau masih belum menerima I-20 dari Drexel. Nampaknya keceriaan yang kita harap-harapkan berlaku di Drexel, akibat ketibaan K.A, tidak menjadi. Blame it on the nature of his own mentality. •8/2 -- Wah, sekarang nie students Unitek kat US ramai yang dilamun cinta. Contohnya, kawan kita di Auburn tu, dengarnya sekarang sudah semakin rapat dengan sorang fellow Unitek student jugak!! Takpelah.....ibu restui..... •7/30 -- Ini ade satu berita hangat yang I baru terima, dari Drexel University. Khabarnya, ade sorang girl tu, sekarang nie dah mula berjinak-jinak dengan sorang boy nie, nama kedua-duanya tidak dapat disiarkan, security perposes. Tapi takpe, I akan bagi hints. Budak perempuan nie, dia dari dulu berkeras taknak ade hubungan dengan sesiapa buat masa nie, and budak lelaki tu pulak, memang dari dulu minat dekat budak perempun nie. Get it?? Hmmm.....a match made in heaven. Mesti romantis kan?? •7/22 -- Well...I ada cerita SENSASI lagi PANAS!!!! Pasal si jejaka tampan lagi bergaya -- K.A. Alkisahnye... nak dijadikan cerita...dulu memang dia kerja kat Subang Parade, tapi sekarang dah berhenti....cerita yang lebih menarik lagi!!! K.A telah diminati oleh seorang NYAH!!!! *muntah* Sabar jelah...NYAH tu kerja kat S.Parade jugak... tangkap cintanlah dia dengan K.A....K.A sangat takut, lantaran segera berhenti kerja...(ke ntah-ntah dibuang kerja sebab beromantika masa bekerja). Kisahnye tidak berakhir di situ....Dalam minggu lepas, NYAH tu telah datang ke makmur untuk menemui K.A...5 jam NYAH tu tunggu tapi K.A tak muncul-muncul...Dalam erti kata lain, jual mahallah tu...biaselah, dia kan ke celebrity, mestilah ego sikit!!! Well, berbalik pada cerita kita tadi, itulah cinta setia namanye....Nasib baik K.A tak de masa tu, kalau tak mesti haru-biru jadinye, yelah NYAH 1 minat dekat NYAH 2....NYAH tu tanya semua orang K.A pegi mana....malulah K.A jadinye....tapi takpe, sekurang-kurangnye dia terglamour sebentar, and isn't it just what he likes?? So, bila dah lama menunggu K.A tak datang-datang, NYAH tu pun balik dengan hati yang terluka...eh, macam lagu Nurul pulak....KERANA TERLUKA.....Ini boleh difilemkan nie, silap-silap boleh menang Oscar, macam Romeo and Juliet, except this one is Romeo and Romeo..........*ketawa* •7/15 -- Wah, I dengar Unitek nak adakan graduation day untuk studentsnya......kelas gitu. Kami dulu, jangan cakap graduation, siap persembahan bunga api, pancaragam dan nyanyian oleh para artis-artis popular lagi, not to mention a splendid dinner that blew our money off. Biaselah Unitek, kolej international......tapi, bukan itu yang I nak ceritakan di sini. Yang pentingnya, ade sorang budak X-ADP tu, *huruf X diberi penekanan di sini* dia nie pun, seperti biaselah tanpa diminta, nak menyibuk-nyibukkan dirinya dalam membuat preparation untuk graduation day nanti. Hah, attitude macam tu yang kita nak tengok pada anak muda zaman sekarang nie. Menolong walaupun tanpa diminta, dan menumpang glamour serta mendabik dada tanpa dipuji. I dengar lagi, budak nie (maaf nama tidak dapat disiarkan) kerja kat Subang Parade. So, kalau siapa-siapa yang dapat peluang dan berkesempatan melawat, cubalah pegi ke shopping mall terkemuka tu. Masuk-masuk aje, mesti you dengar ramai staffs bercakaran sesama sendiri.....Maklumlah, batu api bertaraf antarabangsa bekerja kat sana. Mesti selalu tengok orang berlaga sampai pecah kepala, kan???? Kelas gitu......nasib baiklah I nie kat US, sebab I tak suka gaduh-gaduh nie....... •5/30 -- Hari tu adelah sorang insan nie bagitahu kat saya yang budak-budak ADP Unitek dah dapat results exam diorang. Dengarnya results diorang bagus-bagus. Macam saudara Syed Mustaffa kita. Khabarnya dia dapat, berapa??? 3.2 CGPA??? Lebih kurang tulah.......Tahniah ye, kepada Syed Mustaffa (atau panggilan gatalnye Mus), dan kepada yang lain-lain jugak. Baguslah, dapat results bagus, bolehlah fly ke U.S. Kepada yang tak berjaya tu, janganlah putus asa pulak. Sekali gagal tu tak bermakna akan gagal selamanya. Oh ye, lupa pulak saya. K.A, kau punya application untuk ke Marquette University!!! dah dapat jawapan ke??? Bagus universiti tu, jangan dilepaskan peluang yang ade. Kalau dah dapat reply, alhamdulillah.......Kalau belum, sabar dan setia ajelah menunggu. Takpelah K.A........lagipun, sekali gagal tak bermakna gagal selamanya, remember??? •5/31--Saya ade dengar cerita pasal pangacara kesayangan TV3, saudara Azwan Ali kita. Khabarnya, dia tu sekarang dah letak jawatan ye...... kesian betul dia. Macam mana sampai boleh jadi begitu??? Saya tahu, ini mesti disebabkan ade orang yang lebih hebat daripada dia di akademi TV3 tu, kan??? Kalau tak, takkanlah dia nak letak jawatan. Alah, kalau jenis orang yang sanggup menuangkan pasir dalam periuk nasi orang lain tu, biaselah.....apatah lagi kalau orang tu baru aje mula nak mencorak kerjaya sebagai pengacara TV3 . Tapi, apapun, tak baiklah buat macam tu, orang lain pun nak kerja jugak, nak carik makan jugak. Awak tu, baruuuu setahun jagung, takkanlah nak tendang kawan tu yang dah lama kot........ Tapi kalaulah anda semua tahu siapa yang saya maksudkan, mesti anda semua tak terkejut, sebab budak nie, dia tak kira di mana. Kerja dia memang memburukkan satu pihak di depan pihak yang lain, supaya dia dapat mengambik kesempatan ataupun untuk mendapat tempat sebagai favourite. Teruk kan???? Berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan tu memanglah bagus, tapi takkanlah sampai nak tendang orang keluar dari kerja kot???? Tapi yang herannya, dalam pelajaran, dia nie taknak pulak berlumba............ Mungkin dia betul hebat, tapi bab tu saya taknaklah campur. Nanti ade luka lama berdarah kembali.........saya nie takut tengok darah. •6/30 -- Budak-budak ADP Unitek sekarang nie banyak yang tengah buat persiapan untuk nak terbang.........baguslah.......buat persediaan awal-awal untuk mengelakkan huru-hara di kemudian hari.......ade saya dengar saudara Mus, dia ade apply ke Tulane, dah ready semua dokumen, tapi last minute, dia tukar haluan -- nak ke University of Tulsa pulak!!! Apa sebab sebenarnye dia tukar university, saya tak tahulah, tapi katanya pihak penaja, MARA, tak mahu bagi budak-budak pegi ke university yang credit transfernye kurang 60. Tapi saya tengok budak lain semuanya OK aje.....takde pun problem.......Ade jugak beberapa kawan baik si Mus nie yang pegi ke Tulsa. Tapi ade jugak saya dengar bahawa buah hati dia akan pegi Tulsa, sebab tulah dia nak sangat pegi sana. Eh, kejar buah hati, takkan sampai sanggup tinggalkan kawan sendiri kot...?? Kalau ye pun, berterus-terang ajelah, takkanlah sampai sanggup nak menipu kawan sendiri kot...???
 
 

 
 Previous
 

Home

Menu Utama