Meniti Hari Esok
Tiada Esok Bagimu MENITI
HARI ESOK
Esok Masih Ada
Jins telah membuat cadangan bahawa beberapa adegan MHE
Bukit Kepong
hendaklah dijalankan penggambaran di London seperti mana kehendak
Esok Utk Siapa
skrip di samping penggambaran di dalam negeri. Malangnya cadangannya
Ali Setan
tidak dipersetujui oleh majoriti Ahli Lembaga Pengarah yang lain. Beberapa
alasan telah diberikan oleh mereka, di antaranya ialah PERFIMA masih
belum bersedia untuk mengeluarkan filem-filem cereka kerana tidak yakin
dengan pasaran, masa untuk penggambaran terlalu panjang ditambah lagi
dengan penggambaran di London. Ini akan melibatkan kos penyelenggaraan
Prakata
yang tinggi. PERFIMA tidak sanggup untuk menanggung risiko jika filem
Ahli Kumpulan
tersebut gagal mendapat sambutan.
Pendahaluan
Latarbelakang
Pengarah
Sepintas Lalu
Penolakan ke atas cadangannya itu adalah dirasakan sebagai satu
Salasilah
tamparan yang amat pedih kerana ini juga bermakna mereka tidak mahu
Filem Beliau
mengiktiraf dan mempercayai kebolehan yang ada padanya. Jins
Pemilihan Pelakon
menganggap dirinya dicabar. Namun begitu beliau tetap yakin dengan filem
Bibliografi
yang dirancangkannya dan mengambil keputusan untuk membeli hak ke atas
Gambar
penerbitan filem tersebut dengan bayaran sebanyak RM 330 ribu ringgit.
Bayaran akan dibuat kepada PERFIMA melalui hasil penayangan filem
tersebut. Ini bererti soal untung rugi adalah tanggungjawab beliau kerana
PERFIMA tidak mempunyai hak lagi ke atas filem tersebut.
Melalui filem MHE inilah beliau telah mengorak langkah setapak lagi
menjadi pengeluar filem dengan bermodalkan keyakinan dan kebolehannya.
Oleh kerana beliau tidak mempunyai syarikat filemnya sendiri maka beliau
terpaksa mengeluarkan filem MHE di atas nama PERFIMA FILM
PRODUCTIONS. Era baru sebagai pengarah dan pengeluar filem menjadi
tanggungjawabnya berganda. Jika filem MHE gagal di pasaran ini bererti
beliau juga gagal menjalankan kedua-dua tugasnya itu. Lebih-lebih lagi
beliau terpaksa menanggung hutang dan orang akan menganggap ilmu yang
dipelajarinya selama dua tahun di luar negeri tidak sampai ke mana.
Memandangkan filem MHE adalah satu projek ulung yang melibatkan
dirinya secara total dan memakan belanja yang bukan sedikit, maka Jins
terpaksa berhati-hati di dalam menyelenggara filemanya ini. Boleh dikatakan
bahawa semua peminat filem Melayu menumpukan perhatian dan harapan
kepada beliau. Mereka ingin melihat sejauhmana pembaharuan yang akan
dibawa bagi mencorakkan filem tersebut dengan serba kelainan.
Media-massa ikut memberi kerjasama dengan memberi liputan kepada
usahanya ini.
Filem MHE adalah sebuah drama berat yang bertemakan kerosakkan
akhlak anak-anak daripada keluarga pertengahan di dalam masyarakat
Melayu kerana kurangnya pendidikan agama yang diberikan kepada
mereka. Filem ini memaparkan bahawa kejayaan karier seseorang di luar
rumah tidak bererti ia juga berjaya mendidik anak-anaknya. Cikgu
Talib
(Jins) berjaya menjalankan tugasnya sebagai seorang guru besar tetapi gagal
mendidik dua orang anaknya sendiri Jalil (Jins), dan Ayu (Noorkumalasari)
dengan didikan yang sempurna. Di samping beliau sendiri menanti hari-hari
maut kerana mengidap barah.
Oleh kerana MHE sebuah drama berat, maka Jins membariskan
pelakon-pelakon yang berpengalaman dan juga muka-muka baru yang
dianggap mempunyai potensi untuk memainkan watak masing-masing. Di
antaranya ialah Sarimah, Umi Kalthum, Zahari Zabidi, Salim Bachik,
Dayang Sulu, Sony Abdullah, Noorkumalasari, hail Amir, Sarena Hashim,
Ramlee Abu Bakar, Shukri Hadafi manakala Jins berlakon di dalam dua
watak sebagai Cikgu Talib dan anaknya Jalil.
Jins berpendapat bahawa kejayaan sesebuah filem tidak sahaja
terletak kepada cara penyampaian dan mutu filem malah sambutan daripada
peminat-peminat juga perlu diambil kira. Langkah beliau memperkenalkan
Noorkumalasari seorang model, Hail Amir dan Sarena Hashim penyanyi
yang popular di tahun-tahun tujuh puluhan dan Shukri Hadafi seorang budak
pintar yang mendapat publisiti akhbar diharapkan dapat menarik
peminat-peminat untuk melihat corak dan watak yang dimainkan oleh
mereka. Melalui tunjuk ajar yang diberikan oleh Jins mereka berjaya
membawa watak-watak sebagaimana yang diperlukan oleh skrip. Hasil
daripada tunjuk ajarnya Noorkumalasari menjadi terkenal dan dapat
bertahan sebagai pelakon hingga ke hari ini.
Di dalam filem MHE Jins cuba melarikan diri daripada terikat dengan
teknik-teknik lama. Beliau mencari idea baru utnuk membawa kelainan
kepada filemnya ini. Pada kebiasaannya pengarah-pengarah yang terdahulu
hanya menampukan lensa kemera kepada pelakon-pelakon yang masuk
dan keluar dari hospital tanpa mendedahkan apa yang sebenar berlaku di
tempat tersebut. Jins merasakan teknik ini tidak memberi kepuasan kepada
penonton-penonton. Mereka harus didedahkan dengan kejadian yang
realistik kerana adegan-adegan yang berlaku di dalamnya adalah
merupakan sesuatu yang penting diketahui oleh penonton-penonton.
Filem MHE memerlukan adegan perempuan beranak songsang
melalui pebedahan. Walaupun beliau telah mendapat kebenaran daripada
Dr. Hj. Abbas Hj. Alias Pengarah Hospital Universiti di Petaling Jaya dan
juga Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, namun begitu beliau tidak
mendapat kerjasama daripada pesakit yang sudi membenarkannya
menggambarkan pembedahan yang sebenar dijalankan ke atasnya.
Kesabaran Jins di dalam mencari sesuatu yang realistik untuk digambarkan
kepada penonton adalah suatu sumbangan yang besar tidak sahaja kepada
penonton-penonton tetapi juga dari sudut mempelbagaikan teknik
filem-filem Melayu.
Jins menggunakan teknik “flashforward” di dalam menggambarkan
adegan di mana Ayu (Noorkumalasari) menggugurkan kandungan dan
kemudiannya diimbaskan bagaimana Faisal (Hail Amir) membenamkan
pisau ke perut anak yang didukung oleh Ayu. Teknik ini adalah untuk
memberi gambaran bahawa menggugurkan kandungan adalah sama dengan
membunuh anak hidup-hidup.
Beliau juga tidak ketinggalan menyelitkan adegan soal jawab di
dalam kubur setelah seseorang itu dikebumikan. Teknik ini diselangselikan
dengan adegan Cikgu Talib yang terlantar di hospital dalam keadaan tidak
sedarkan diri. Penggunaan warna merah jambu untuk dijadikan sebagai
warna latar adalah satu pilihan warna yang baik dan kreatif kerana ia boleh
menimbulkan rasa misteri penonton mengenai alam yang tidak pernah
mereka terokai.
Sebagai filem Melayu yang cuba diberikan nafas baru, filem MHE
mendapat pandangan yang pro dan kontra di kalangan mereka yang tahu
mengenai teknik perfileman dan juga wartawan-wartawan hiburan. Judy
Soebroto, Pengarah Art dari Syarikat Imeda Filem Jakarta, Indonesia
berpendapat. Di antara beberapa adegan dan
setting yang harus diberi
pujian ialah semasa cikgu Talib mencurigai
isterinya dengan doktor.
Jurugambar dapat membuat penggambaran terus
dari ruang tamu hingga
ke ruang dapur tanpa sebarang ‘cut’. Setting
ini jelas menunjukkan
kepintaran dan kreativiti pengarah yang menimbulkan
pertanyaan kepada
saya apakah ia dibuat di dalam rumah atau
setting yang direka ?
Sungguhpun begitu terdapat juga penggambaran
yang kurang memuaskan di
mana semasa anak yang berhormat membuat parti
di tepi kolam mandi
pencahayaan (lighting) tidak memuaskan”.
Pengarah dari Imeda Filem, Soendjoto Adi Broto memberi
komentarnya mengenai filem MHE. “Filem MHE
merupakan sebuah filem
yang mempunyai jalan cerita yang baik, tetapi
dari segi lakon layarnya
kurang memuaskan. Sambungan dari satu
babak ke babak yang alin
tidak dibuat dengan teliti”. Pengarah
Jamil Sulong dari Rosnani Jamil Filem
(RJ Filem) berpendapat bahawa filem MHE adalah filem arahan Jins yang
terbaik dan paling berjaya baik dari segi teknik mahupun mesej yang
hendak disampaikan jika dibandingkan dengan filem-filem arahannya yang
terawal. Walaupun terdapat beberapa kelemahan kecil tetapi ini tidak
mencacatkan filem itu secara keseluruhannya.
Jins mengakui bahawa filemnya ini masih mempunyai
kelemahan-kelemahan yang tidak disengajakan. Untuk menyiapkan filem ini
beliau terpaksa besabar menghadapi kesulitan. Di antaranya ialah beliau
terpaksa bergilir untuk menggunakan perlalatan filem kerana PERFIMA
seringkali menyewakannya kepada pengusaha lain. Beliau juga
menggunakan tenaga produksi yang kecil, proses-proses teknikal seperti
Mixing” dan memprosesnya di makmal warna di luar negeri. Proses
menyiapkan filem ini memakan masa satu setengah tahun.
Kesulitan yang dihadapinya tidak terhenti di situ sahaja. Beliau
terpaksa pula berhadapan dengan kerenah pengusaha panggung yang tidak
mahu memberi peluang kepadanya untuk menayangkan filemnya itu.
Mereka tidak yakin kepada filem Melayu. Ini bererti filem MHE terpaksa
“menanti” dengan begitu lama untuk ditayangkan kepada umum. Namun
begitu beliau tetap tidak berputus asa dan akhirnya Cathay Organisation
telah bersetuju untuk menayangkan filem MHE di rangkaian pawagamnya di
seluruh negara.
Filem MHE telah dapat bertahan selama lima puluh empat hari di
Panggung Coliseum, Kuala Lumpur dengan pungutan melebihi satu juga
ringgit. ”Sehingga sekarang pungutan MHE telah mencapai 1.7 juta ringgit.
Filem MHE telah mencatatkan sejarah sebagai filem Melayu pertama yang
dapat bertahan hampir dua bulan di sesebuah pangung kelas satu dan
mencapai pungutan di luar dugaan. Malah filem-filem yang diimport tidak
dapat bertahan begitu lama, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa filem
MHE telah memberi kejayaan kepada Jins dan beliau bergelar “The One
Million Dollar Man”.
Punca kejayaan Jins adalah kerana kesungguhan dan keyakinan
pada diri untuk melihat filem arahannya ini memenuhi selera penonton
dengan memberi nafas baru di dalam segi teknik, pengolahan skrip dan
juga penggabungan pelakon-pelakon yang mempunyai peminat yang
tersendiri. Jins boleh berbangga dengan kejayaan filemnya ini, walaupun
terpaksa menghadapi berbagai masalah. “Saya menggunakan tujuh tenaga
produksi sahaja, semasa di Jalan Ampas Show menggunakan tiga puluh
orang atau lebih untuk pembikinan sesebuah filem”. Sebagai seorang
pengarah dan pengeluar yang tidak mempunyai modal secara langsung, Jins
menganggap kejayaan filem MHE adalah sebagai rahmat malah
kejayaanyang diperolehinya adalah kejayaan kepada seluruh tenaga
produksinya yang bertungkus lumus berkerja di dalam serba kekurangan.
Setelah MHE berjaya menambat hati penonton-penonton, harapan
industri filem Melayu untuk berkembang dan bersaing di pasaran terbuka
luas. Pengusaha-pengusaha panggung telah mula menampakkan keyakinan
mereka terhadap filem-filem tempatan. Tidak keterlaluan jika dikatakan
bahawa filem MHE telah membawa cahaya dan sinar kepada industri filem
Melayu setelah sekian lama berada di dalam kemalapan.
Filem TEB bukanlah merupakan lanjutan daripada filem MHE
kerana ia mempunyai cerita yang tersendiri. Filem MHE diadaptasikan
dari
kisah benar seorang gadis. Kisah ini dicerita diceritakan sendiri oleh
gadis
berkenaan kepada Jins. Berdasarkan kisah tersebut beliau sekali lagi
berganding bahu dengan dengan Aimi Jarr untuk mengolah skrip dan
menyelitkan beberapa kisah lain yang dapat menguatkan jalan cerita.
Filem TEB memberi kesempatan kepada Jins untuk mendedahkan
kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam masyarakat atasan terdiri
daripada Yang Berhormat, peguam dan arkitek muda. Masing-masing
mempunyai citarasa dan nafsu yang berlainan. Sebagai orang berpengaruh,
Yang Berhormat menggunakan kedudukannya bagi menodai gadis yang
lemah. Manakala peguam muda pula mempersoalkan nama baik dan taraf
setelah ditunangkan dengan gadis yang ternoda. Arkitek muda tersebut
mengabaikan unsur seni Melayu. Di dalam filem ini, Jins lebih berpihak
kepada generasi lama dan menempelak generasi muda yang lebih cenderung
mengikut nafsu tanpa mempedulika nilai-nilai yang baik. Filem ini juga
membentangkan persoalan kasih sayang di dalam sesebuah kelurga.
Di dalam filem TEB sekali lagi Jins mengambil Noorkumalasari
untuk memegang watak gadis malang yang dinodai oleh Yang Berhormat.
Kejayaan Noorkumalasari membawa watak berat di dalam MHE dapat
meyakinkan Jins untuk menyerahkan watak Norimy yang selalu terseksa
dan penuh dengan airmata. Di samping itu juga Jins mengambil Sarimah
untuk memegang peranan sebagai Zaimah, iaitu isteri kepada Jins (Ghailan)
yang mempunyai firma senibina. Pelakon-pelakon lain ialah S. Roomai
Noor, Umi Kalthum, Mahyon Ismail, dan A. Rahim. Setiap filem yang
diarahkan oleh Jins memperkenalkan bakat-bakat baru untuk
diketengahkan seperti Normala Omar, Salina Ismail, Zulkifli Zain dan
Yusoff Haslam.
Filem TEB adalah sebuah drama berat yang menekankan kesan
psikologi (psychology effect) kepada penonton. Jins berpendapat bahawa
penonton filem Melayu perlu didedahkan dengan teknik yang
berbagai-bagai supaya mereka tahu bahawa teknik-teknik filem juga
memainkan peranan di dalam mencorakkan sesebuah filem.
Penonton-penonton tidak seharusnya disogokkan dengan jalan cerita
yang
mudah difahami sahaja kerana mereka juga perlu menggunakan daya
imaginasi intuk menilai sesebuah filem.
Lokasi pengambaran ‘Tiada Esok Bagimu', di Pekan Ahad
Changkat Jering, kampungnya. Pelakon dan pengarah
S. Roomai Nor
mengatakan bahawa Jins telah berjaya di dalam percubaannya
memperkenalkan teknik tersebut sehinggakan beliau sendiri terikut-ikut
dengan jalan cerita yang penuh memberi kesan dan menitiskan airmata,
sebagai seniman yang telah lama berkecimpung di dunia perfileman Melayu
bukanlah perkara mudah untuk beluai menangis tetapi Jins berjaya
membawa perasaannya menjadi hiba.
Pengarah Jamil Sulong juga berpendapat bahawa Jins dapat
menghasilkan satu kerja yang lebih baik jika dibandingkan dengan filem
MHE. Untuk menghasilkan jalan cerita yang menekankan kesan dalaman
adalah merupakan hasil daripada ketekunan, kesabaran, pengetahuan
seseorang pengarah. Jins telah mengupas setiap persoalan dari golongan
bawahan hingga kepada golongan yang mempunyai kedudukan di dalam
masyarakat.walaupun teknik ini bukanlah perkara baru dan telah pun
digunakan di dalam filem-filem asing namun begitu percubaan Jins adalah
sebagai sumbangan kepada dunia filem Melayu.
Selepas tiga minggu filem TEB beredar di pasaran, filem ini
dihentam habis-habisan, “Seorang pengarah universiti mengatakan filem
Tiada Esok Bagimu benar-benar menandakan tidak ada esok bagi saya.
Karya saya itu dikritik sampai begitu sekali di halaman ‘Surat Pembaca’
di
dalam sebuah akhbar yang berpengaruh”.kritikan-kritikan yang dibuat
adalah cetusan rasa induvidu yang bebas memberi pandangannya.
Walaupun begitu filem TEB tetap menerima sambutan peminat-peminat biar
pun tidak dapat menandingi kehebatan sambutan yang diberikan kepada
filem MHE, di Malam Penghargaan SENIMAN anjuran Persatuan Seniman
Rakyat Malaysia (SENIMAN). Filem TEB juga meraih empat anugerah
utama di Pesta Filem Malaysia Pertama yang diadakan pada 11-13 April,
1980 anjuran Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA), iaitu Filem
Terbaik, Pengarah Terbaik (Jins), Pelakon Lelaki Terbaik (Jins) dan
Penyunting Filem Terbaik (Johari Ibrahim).
Ternyata Pesta Filem Malaysia yang pertama kali diadakan untuk
mempertandingkan filem-filem keluaran tempatan telah memberi
pengiktirafan besar kepada kebolehan Jins. Kritikan–kritikan yang
dilemparkan tidak menjejaskan semangatnya untuk melahirkan filem-filem
yang lebih bermutu dan diterima umum.
Filem Esok Masih Ada adalah filem sulung yang dikeluarkan di atas
nama syarikat filemnya sendiri JINS SHAMSUDIN FILEM
PRODUCTIONS. Era baru ini memberi seluruh kebebesan kepada beliau
untuk menjalankan tugas sebagai pengarah dan pengeluar filem tanpa terikat
dengan PERFIMA setelah beliau menjual seluruh sahamnya dan tidak lagi
menjadi Ahli Lembaga Pengarah.
Filem EMA adalah hasil karya Aimi Jarr yang ketika itu bertugas
dengan Utusan Melayu. Pada asalnya filem ini diberi tajuk Titisan Darah
Putih tetapi ditukar oleh Jins kepada Esok Masih Ada.
“
"Beberapa tajuk telah saya fikirkan perkataan
esok juga yang
melekat di kepala saya. Filem Menanti
Hari Esok dan Tiada Esok Bagimu
kedua-dua perkataan esok saya gunakan
di hujung dan di tengah,
bagaimana kalau esok itu diletakkan di awal
pula.
Esok masih Ada.... Esok Masih Ada.... berulang
kali saya ucapkan
Bunyinya juga sebagai simbolik” Pemilihan
tajuk ini telah dipersetujui
oleh Aimi Jarr kerana ia sesuai dengan jalan cerita.
Christine Teoh dan Lily Cheniah adalah dua orang diantara
pelakon-pelakon bukan Melayu yang diperkenalkan oleh Jins Samsudin di
dalam filem ‘Esok Masih Ada’, sedang mendengar dengan teliti
arahan-arahan daripada Jins sebelum penggambaran dimulakan.
Cerita EMA memberi peluang kepada beliau memperkenalkan
bakat-bakat ke layar perak di antaranya ialah Azean Irdawati, Hj. Taufik
Kang Teck Lee dan Lily Cheniah mereka merupakan pelakon televisyen
yang terkenal. Di samping itu juga Jins memberi peluang kepada Firdaus
Abdullah seorang pensyarah di Universiti Malaya, Roslan Ahmad seorang
Inspektor Polis dan Christine Teoh seorang model. Mereka ini berganding
bersama-sama dengan pelakon-pelakon filem yang berpengalaman seperti
S. Roomai Noor, Umi Kalthum, A. Rahim , Jins dan lain-lain.
Di dalam filem ini cerita digerakkan oleh kematian dua orang anak
Jins (ASP Zamri) dan Azean ( Faridah) akibat penyakit leukimia. Melalui
kebenaran isterinya maka ASP Zamri berkahwin dengan Christine Teoh
(Marina). Di samping mendedahkan tugas-tugas seorang pegawai polis
membenteras jenayah dan juga konflik kejiwaan di dalam sesebuah
keluarga, lebih daripada itu Jins cuba memaparkan isu kahwin campur di
antara orang Melayu dengan Cina.
Beliau mengupas isu tersebut secara terperinci untuk memberi
kesedaran bahawa bangsa asing yang menjadi rakyat di negara ini janganlah
mempunyai semangat perkauman kerana mereka seharusnya akur dengan
kata pepatah “di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung”. Mereka
janganlah memberi alasan untuk mempertahankan budaya yang diwarisi
daripada nenek moyang mereka. Kedua-dua bangsa dapat hidup di dalam
harmoni asalkan mereka berkompromi dan memahami di antara satu sama
lain.
Jikalau diteliti mengenai penonjolan pelakon-pelakon bangsa asing
di dalam filem melayu, ini bukanlah perkara baru kerana sebelum ini
terdapat beberapa orang pengarah telah memberi peluang kepada mereka
untuk berlakon filem, namun begitu mereka hanya di ambil untuk
melakonkan watak-watak pembantu atau sebagai pelakon-pelakon
tambahan sahaja.
Menurut filem EMA Jins memberi peluang kepada Hj. Kang Teck
Lee dan Lily Cheniah sebagai ibu bapa yang kuat menentang kuat kahwin
campur, Christine Teoh dijadikan isteri kedua dan Albert Lee sebagai ketua
perompak . Mereka ini diberikan peranan penting oleh Jins kerana beliau
berpendapat bahawa filem,-filem melayu seharusnya memberi ruang kepada
pelakon-pelakon asing mendukong watak-watak penting memandangkan
filem bukan semata-mata sebagai alat hiburan malah boleh digerakkan
sebagai alat perpaduan kaum.
Filem EMA telah menggondol anugerah “MITRA” di Pesta Filem
Asia di Bali pada tahun 1979 kerana memaparkan tema terbaik ke arah
perpaduan kaum. Pada tahun 1980, di Pesta Filem Malaysia Pertama filem
EMA telah meraih dua anugerah utama iaitu Pelakon Wanita Terbaik
(Azean Irdawati) dan Juru Kemera Terbaik (S. Mohan).
Percubaan Jins untuk memperbanyakkan tema di dalam filem-filem
arahannya meletakkan beliau sebagai seorang yang kreatif dan ingin melihat
perubahan penyampaian mesej di samping meluaskan peranan filem sebagai
alat perpaduan kaum dan menarik minat bangsa asing untuk menonton
filem-filem Melayu.
Akhirnya PDRM telah berunding dengan Jins dan menawarkan
kepada beliau untuk menerbitkan dan mengarah filem BK tersebut.
Tawaran berkenaan di buat semasa Jins masih menjalankan pengambaran
filem Esok Masih Ada . Jins menerima tawaran tersebut dengan syarat
PDRM membantu di dlam aspek-aspek teknikal yang melibatkan senjata
api dan juga kostum pelakon-pelakon. Lebih daripada itu beliau
menganggap bahawa inilah satu sumbangan kepada PDRM khususnya dan
negara amnya. Filem ini adalah merupakan filem ke dua yang di keluarkan
oleh syarikatnya sendiri.
Beliau telah membarisklan lebih 200 orang pelakon yang terdiri
daripada anggota polis dan juga orang awam. Anggota-anggotas polis telah
diberikan peranan sebagai komunis kerana mereka lebih tahu menggunakan
senjata dan tektik serang hendap. Manakala pelakon-pelakon filem yang
dipilih untuk memegang peranan sebagai polis terdiri daripada Jins sendiri
(Sarjan Jamil), Hussien Abu Hassan, Yusof Haslam, Omar Suwita, A.
Rahim dan lain-lain . Di dalam filem BK ini Jins memperkenalkan Jamaliah
Arshad dan Suhaina Yahya sebagai isteri polis dan berjuang bersama-sama
dengan suami mereka dengan mempertahankan balai polis tersebut. Pada
peringkat awal pemilihan pelakon-pelakon beliau telah memilih penduduk
tempatan berbangsa Cina untuk memegang peranan komunis tetapi
kemudiannya beliau menghadapi masalah kerana kebanyakan daripada
mereka tidak mahu berlakon kerana terdapat desakan ibu bapa dan
saudara mara mereka. Balai Polis
Bukit Kepong yang dibina semula
menelan belanja sebanyak lapan puluh ribu ringgit telah dibakar oleh
Komunis filem BK.
Filem ini melibatkan kos sebanyak 1.2 juta ringgit. Pihak PDRM
mengeluarkan separuh daripada perbelanjaan di dalam bentuk peralatan
senjata, pakaian dan juga tenaga, manakala baki selebihnya di keluarkan
oleh Jins. Filem BK ini menggunakan sebanyak 40,000 peluru ‘blanks’ yang
berharga seringgit setiap satu. Beliau juga telah menggunakan peluru hidup
untuk menunjukkan kesan tembakan sebenar seperti di pokok dinding dan
tanah. Di dalam adegan meletupkan bot dan membakar kereta, beliau
menggunakan tiga buah kemera kerana ini akan menyenangkan beliau
mengedit dan memilih sudut-sudut yang di rasakan terbaik untuk adegan
tersebut.
Jins menggangap bahawa filem BK sedikit sebanyak mencabar
kretivitinya kerana terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah teknikal
dan membentuk pelakon-pelakon yang ramai. Beliau juga menghadapi
masalah dengan tenaga produksinya kerana ada di antara mereka
meniggalklan set pengambaran terlalu lama, “Filem Bukit Kepong diarahkan
pada 5 November dan tamat pengambarannya pada 18 Mac 1982”.
Walaupun demikian beliau berpuas hati dengan filem ini kerana bukan
sahaja mendapat sambutan daripada penonton-penonton yang
menghasilkan pungutan sebanyak 1.7 juta ringgit tetapi juga berpendapat
:
Sebagai pengarah kita tidak boleh hanya memikirkan soal komesial
semata-mata, sebaliknya kita harus memikirkan sesuatu yang boleh
memberi pengajaran dan faedah kepada penonton.
Jins berpendapat
bahawa filem BK dapat memberi gambaran sebenar kepada kehidupan
rakyat Malaysia bahawa rakyat di negara ini pernah menumpahkan darah
untuk mengembangkan cita-cita kemerdekaan tidak seperti yang pernah
diperkatakan oleh sesetengah pihak. Sejarah adalah fakta dan oleh itu tiada
siapa yang dapat mengubah sejarah.
Melalui filem ini beliau telah banyak menerima pujian daripada
pelbagai pihak. Seorang tokoh sejarah tanahair, Tan Sri Mubin
Sheppard
berpuas hati dengan pemindahan kisah BK ke layar Perak.
Jins Shamsudin telah mempergunakan kemahirannya di dalam bidang
pengarahan sehingga berjaya memaparkan sejarah penting dalam
memperjuangkan pasukan polis negara kita secara rialistik sekali.
Filem Bk telah meraih tujuh anugerah dalam Pesta Filem Malaysia Ke
Tiga (PFM 3) yang di adakan pada tahun 1982 anjuran Perbadanan. Filem
Nasianal (FINAS). Filem ini memenangi anugerah di dalam kategori Filem
Terbaik, Pengarah Terbaik (Jins), Jurukamera Terbaik (S.Mohan),
Pengadun Bunyi Terbaik.
Bila kita bersumpah dengan nama Allah bahawa aku tidak
Akan kahwin lain setelah isteriku meninggal dunia maka.
Itu adalah
bersumpah dengan Al-Quran yang harus ditaati
dan dipenuhi. Jika
kita melanggarnya mungkin kita akan termakan
sumpah.
Tahyul yang dipaparkan di dalam filem ini adalah berlainan daripada
tahyul yang sering diceritakan oleh orang-orang tua mengenai pohon-pohon
kayu atau tempat-tempat yang berpenunggu yang hanya semata-mata untuk
menakutkan seseorang kerana itu adalah merupakan kepercayaan yang
tidak berasas, tetapi berlainan dengan ‘tahyul’ yang melibatkan agama
kerana agama tidak boleh dipersendakan dengan sesuka hati. Tuhan akan
menimpakan bala ke atas mereka yang berbuat demikian.
Di antara pelakon-pelakon yang membintangi filem EUS ialah Jins
(Jiman), Noorkumalasari (Jamilah), S. Roomai Noor (Datuk Iskandar),
Umi Kalthum ( Datin Zainab), Latiff Ibrahim (Ikhsan), Fauziah Ahmad
Daud (Intan), Ismail Mahmud (Osman), Rosnah Mohd. Noor (Rubiah) dan
lain-lain.
Di dalam Pesta Filem Malaysia Ketiga, filem EUS berjaya
menggondol tiga anugerah iaitu lakon layar Terbaik (Jins),Pelakon Wanita
Pembantu Terbaik ( Norizan) dan Penyuntingan Filem Terbaik (Johari
Ibrahim)
Filem Ali Setan adalah merupakan filem yang terakhir diarahkan
oleh beliau sehingga kini. Filem ini dikeluarkan oleh Harun Hassan ( Amir
Communication) yang mengisahkan cinta dan gelagat anak-anak muda yang
belajar di pusat pengajian tinggi. Lokasi penggambaran di jalankan di
Universiti Sains Malaysia dan di sekitar Pulau Pinang.
Jins mengambil kesempatan melalui filem ini untuk mendedahkan
bidang lakonan kepada penuntut-penuntut USM supaya mereka dapat
mempelajari sedikit sebanyak teknik-teknik perfileman dan juga lakonan
dengan cara mengambil mereka yang berpotensi untuk turut sama berlakon.
Semasa mengarahkan filem AS, beliau sedang bertugas sebagai Ahli Cipta
di universiti tersebut dan ini menyenangkan beliau mendapat kebenaran
menggunakan persekitaran untuk penggambaran. Di samping itu juga beliau
dapat menggambarkan suasana di kampus USM melalui filem arahannya ini.
Pendedahan ini juga dapat memberi pengalaman-pengalaman baru kepada
teknisyen-teknisyen dan menjadi satu bahan untuk kajian (study-piece)
kepada pelajar-pelajar Pengajian Komunikasi yang mengkhususkan di
dalam bidang perfileman.
Filem AS telah berjaya mendapat sambutan dikalangan muda-mudi
dengan hasilan pungutan melebihi sejuta ringgit. “ Saya terkejut dengan
sambutan yang diberikan oleh penonton-penonton kerana filem ini jalan
ceritanya agak `simple1 dan lokasinya banyak berkisar di dalam kampus.’
Jins menganggap sambutan yang luarbiasa itu mungkin kerana anak-anak
muda pada masa itu kehausan dengan filem yang berbentuk demikian dan
dikuatkan lagi dengan pemilihan pelakon-pelakon seperti Azmil Mustapha,
Fauziah Ahmad Daud dan Izzi Yahya yang memegang peranan penting dan
lakonan mereka diminati oleh kanak-kanak.
Setelah melihat kejayaan yang diperolehi oleh filem AS, Harun
Hassan menerbitkan pula filem Ali Setan II. Walaupun filem ini tidak
diarahkan oleh beliau tetapi penerbitannya bolehlah dikatakan ekoran
daripada kejayaan Jins menambat hati penonton-penonton sebelumnya.
Kalau dilihat secara amnya Jins lebih suka membawa tema-tema yang lebih
berat yang melibatkan sesebuah rumahtangga seperti di dalam filem-filem
Bukan Salah Ibu Mengandung, Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu,
Esok Masih Ada dan Esok Untuk Siapa. Beliau berpendapat bahawa
sesebuah rumahtangga adalah merupakan institusi yang boleh membentuk
karektor penghuninya dan tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan
manusia. Sementara dua buah filem arahannya yang lain seperti Di Belakang
Tabir dan Bukit Kepong dikelaskan sebagai filem aksyen dan filem Ali
Setan sebagai filem remaja.
Walaupun tidak semua filem yang diarahnya mengandungi
kesedihan atau membawa penonton-penonton merasai sesuatu secara
dalaman, namun rata-ratanya filem-filem arahan beliau banyak menumpukan
ke arah itu. A. Samad Said menulis “ ada senyuman pada filem Wim
Umboh (senyum di antara bunya dan wanita) : pada filem-filem Jins
Shamsudin ada sedu sedan” Jins menyukai filem-filem sesemikian kerana di
sebalik air mata terselit pengajaran dan keinsafan kerana filem adalah
salah
satu wadah untuk memberi pengajaran kepada orang ramai.
Jins Shamsudin biasanya akan memilih pelakon-pelakonapabila
skrip sesebuah filem disiapkan. Terdapat juga pengarah-pengarah lain
memilih pelakon-pelakon dahulu sebelum menyiapkan skrip filem mereka.
Ini bererti mereka telah menghususkan watak-watak tertentu kepada
pelakon-pelakon yang menjadi ‘favourite’ mereka.
Saya memilih pelakon-pelakon berdasarkan dia sahabat atau
saudara saya. Apa yang penting boleh atau tidak dia membawa watak
mengikut kehendak skrip.
Semasa memilih pelakon-pelakon untuk filem Bukan Salah Ibu
Mengandung beliau pernah diarahkan untuk mengambil beberapa orang
pelakon yang sudah mempunyai nama di dalam lakonan tetapi beliau
menolak kerana beliau merasakan bahawa watak-watak yang terdapat di
dalam filem tersebut tidak sesuai untuk mereka.
Selalunya beliau akan mencari seseorang yang dirasakan sesuai
untuk memegang watak setelah skrip dan lakon layar disiapkan. Beliau
memberi contoh pemilihan Noorkumalasari dibuat setelah diuji bakat dan
berpuashati dengan cara dan gaya lakonan yang ditunjukkannya semasa
menjalani ujian tersebut. Pada awalnya beliau tidak tahu Noorkumalasari
adalah anak Roomai Noor dan Umi Kalthum. Beliau hanya melihat gambar
yang terpampang di kelendar dan menghubunginya. Di dalam filem Menanti
Hari Esok, Jins telah menyerahkan watak Rohayu kepada Noorkumalasari
dan beliau dapat menghayati dan melakonkannya dengan baik.
Sebagai seorang pengarah dan pengeluar filem kemersial, soal
populariti seseorang, ketampanan, wajah yang cantik juga diambil kira
tetapi ini bukanlah menjadi kriteria yang mutlak. Apa yang dipentingkan
ialah kesanggupan mereka untuk menerima tunjuk ajar yang akan diberikan
dan mereka berpotensi untuk berkembang sebagai pelakon di masa
hadapan juga dapat membawa watak-watak yang diserahkan dengan baik.