Pengarah dan Pengeluar Filem

KANDUNGAN          Jins Shamsudin adalah seorang yang bercita-cita tinggi. Beliau mula
Prakata                memendam cita-cita untuk menjadi seorang pengarah filem setelah
Ahli Kumpulan     berjaya menempatkan dirinya sebagai pelakon filem. Cita-cita dan juga
Pendahaluan         harapannya ini diikuti dengan kesungguhannya di dalam mencari segala bentuk
Latarbelakang       ilmu yang berkaitan dengan bidang pengarahan filem. Beliau mula berjinak-jinak
Sepintas Lalu       dengan buku-buku mengenai teknik-teknik filem di samping itu beliau sering
Salasilah               bertanya kepada pengarah-pengarah yang berpengalaman mengenai rahsia-rahsia
Filem Beliau          mengarang cerita, menulis skrip dan mengarah. Apabila mempunyai masa beliau
Pemilihan Pelakon akan pergi ke set-set penggambaran lain untuk memerhati cara-cara
Bibliografi             pengarah-pengarah mengarah filem-filem mereka. Kesungguhan ini sedikit
Gambar                sebanyak telah mendatangkan hasil.
 

                                    Di dalam tahun 1959, beliau telah dipilih sebagai Pengarah Drama Pentas
                            Terbaik melalui drama Megat Terawis yang dilakonkan oleh ahli-ahli Persatuan
                            Seni Coronation Road di Pesta Drama Singapura yang diadakan di Panggung
                            Victoria, anjuran Persatuan Semangat Baru. Kemudian di dalam tahun 1965
                            beliau telah dipilih menganggotai Majlis Penapis Cerita Studio Jalan Ampas dan
                            merupakan anggota yang paling muda pernah dilantik di dalam majlis tersebut.

 
                                    Hasil daripada kesungguhan serta keyakinan di dalam menjalankan tugas
                            yang dipertanggungjawabkan kepadanya, beliau mula mendapat kepercayaan
                            daripada pengarah-pengarah filem. Pada tahun 1962 Jamil Sulong telah melantik
                            beliau menjadi Penolong Pengarah filem Gerhana. Semasa beliau berada di Hong
                            Kong, di samping berlakon beliau juga dilantik sebagai Penolong Pengarah
                            kepada Lo Wei bagi filem-filem  “Bayangan Ajal” dan “Jurang Bahaya” yang
                            diselenggarakan pada tahun 1967.
 

                                     Beliau juga telah diberi kepercayaan oleh Shaw untuk menjadi Pengarah
                            Dubbing bagi kedua-dua filem tersebut. Tugasnya itu tidak terhenti di situ sahaja,
                            beliau juga mengedit babak-babak yang dirasakan tidak sesuai untuk
                            ditayangkan kepada penonton di Malaysia. Setelah Studio Jalan Ampas ditutup,
                            Jins ikut sama berpindah ke Kuala Lumpur di sinilah beliau diberi kepercayaan
                            oleh Omar Rojik dan dilantik sebagai Penolong Pengarah untuk filem
                            “Miang-Miang Keladi” yang diterbitkan di dalam tahun 1968 keluaran Studio
                            Merdeka.
 

                                    Melalui pengalaman-pengalaman yang diperolehi itulah membuatkan beliau
                            merasa penuh yakin dapat memikul tugas sebagai pengarah filem. Hasratnya ini
                            telah disuarakan kepada Jaffar Abdullah sebagai Pegawai Penerangan Shaw. Di
                            dalam satu masyuarat yang diadakan pada 22 November 1978, Jaffar Abdullah
                            telah membawa perkara tersebut untuk mendapat pertimbangan ahli-ahli
                            masyuarat.
 

                                    Jaffar said as far as Jins Shamsudin was concerned has had confidence in
                            him…Mr. & Mrs. Vee Ngok and Mr. Vee Kong endorsed Jaffar’s opinion on
                            Jins Shamsudin. But Mr. Lee said that this was the first time he heard about
                            appointing Jins Shamsudin to be a directon…Mr. Jaffar replied that it was so
                            because this was the first time we brought up the matter.
 

                                    Para ahli masyuarat telah merujuk perkara berkenaan kepada Tan Sri
                            Runme Shaw sebagai Pengerusi Pertubuhan Shaw untuk mendapatkan keputusan
                            muktamad. “Pada hari Isnin 16 Disember 1968 bersamaan dengan 26 Ramadhan
                            1388, tepat jam 11.00 pagi, Jins Shamsudin telah dilantik dengan rasminya
                            menjadi pengarah filem”. Perlantikan  beliau ini diambil kira berdasarkan
                            penglibatannya di dalam memajukan industri filem Melayu, kerajinan,
                            kesungguhan dan keupayaan yang ditunjukkan oleh beliau semasa bertugas di
                            Studio Jalan Ampas, Hong Kong dan Studio Merdeka.
 

                                    Perlantikan Jins sebagai pengarah telah membawa era baru di dalam
                            hidupnya. Namun begitu Shaw telah mengenakan beberapa syarat yang mesti
                            dipatuhi oleh beliau. Di antaranya ialah beliau mesti  menggunakan segala
                            peralatan yang sedia ada, perbelanjaan untuk sesebuah filem tidak melebihi enam
                            puluh ribu ringgit, lokasi penggambaran hanyalah di sekitar Kuala Lumpur dan
                            filem pertama arahan beliau mestilah diambil daripada filem-filem Melayu.
                            
 

                                    Sebagai seorang pengarah yang baru dilantik, Jins merasakan bahawa
                            segala syarat yang dikenakan ke atasnya adalah sangat berat dan mencabar
                            lebih-lebih lagi filem Melayu pada waktu itu telah mengalami kemerosotan dari
                            segi mutu dan juga pemasaran. Walaupun syarat-syarat tersebut dirasakan berat
                            sebelah namun untuk mengejar cita-citanya Jins Shamsudin tetap menerima dan
                            bertekad untuk meneruskan perjuangan memajukan filem-filem Melayu.
 

                                    Peluang yang didapatinya tidak boleh dilepaskan dengan begitu sahaja.
                            Beliau akan tempuhi segala rintangan yang cuba mematahkan semangatnya.
                            Filem-filem Melayu tidak boleh dibiarkan berada di tahap lama lebih-lebih lagi
                            berkubur tanpa nesan kerana di situlah tempat beliau mencari sesuap nasi. Beliau
                            tidak mempersoalkan mengenai bayaran walaupun Shaw hanya membayar seribu
                            ringgit sahaja untuk mengarah dan berlakon di dalam filem arahannya yang
                            pertama “Bukan Salah Ibu Mengandung”.
 

                                    Pada peringkat awal perlantikannya, Jins telah diminta untuk menterjemah
                            dan mengarah  filem untuk menubuhkan PERFIMA (Perusahaan Filem Malaysia)
                            bersama-sama dengan P. Ramlee, H.M. Shah, dan Jaffar Abdullah. Tetapi P.
                            Ramlee dan H.M. Shah telah keluar lebih awal sebelum PERFIMA dapat
                            ditubuhkan kerana berlaku selisih faham di dalam Malaysia Film Industries (MFI)
                            yang kemudiannya ditukar kepada PERFIMA. PERFIMA dengan rasminya
                            ditubuhkan setahun kemudian. Di antara filem-filem Melayu di samping mengedar
                            dan menayangkan filem-filem Indonesia dan lain-lain.
 

                                    Menyedari hakikat inilah sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dan
                            pemegang saham, Jins telah mengesyorkan cerita “Meniti Hari Esok” (MHE)
                            untuk dijadikan sebagai projek perintis kepada PERFIMA di dalam kegiatan
                            mengeluarkan filem-filem cereka seterusnya. Jins telah menghasilkan cerita MHE
                            sejak tahun 1976 dan kemudiannya beliau dibantu oleh Aimi Jarr untuk mengolah
                            dan memperkemaskan skrip cerita tersebut.

 

(6)03-407 8981
Add/Info : 1045 Jln Datuk Abu Samah HKlang, Kuala Lumpur
Person To Contact : INFORMATION NOT AVAILABLE