SEPINTAS LALU
 
KANDUNGAN
Prakata                                Sebagai seorang tokoh seni dalam bidang perfileman yang terkenal,      Ahli kumpulan           Dato' Jins Shamsudin telah melalui pelbagai liku hidup yang akhirnya dikenali
Pendahaluan              sehingga kini. Dato' Jins Shamsudin telah dilahirkan pada 5 November 1935.
Latarbelakang           Dalam tempoh 12 tahun, pada 25 Januari 1947, beliau telah berhenti dari
Sepintas Lalu            Sekolah Melayu dan memasuki sekolah menengah. Selepas menamatkan
Salasilah                   zaman persekolahannya, pada 16 Mei 1956, beliau telah diuji bakat oleh P.
Filem Beliau              Ramlee di studio Jalan Ampas.
Pengarah
Pemilihan Pelakon
Bibliografi                           Setahun kemudian, pada 16 Mei 1957, beliau telah menyertai mogok
Gambar                   tajaan PERSAMA. Selepas melibatkan diri dalam bidang seni pada 9 Februari
                                1961, beliau telah berkahwin dengan seniwati Rahmah Rahmat. Bermula pada
                                22 Mac 1966, beliau mula berlakon membawa watak sebagai Jefri Zain.
                                Setahun kemudian, pada 11 Januari 1967, beliau telah berangkat ke Hong
                                Kong untuk berlakon dalam filem ala James Bond sehinggalah 11 November
                                1967.

                                         Beliau telah dilantik menjadi pengarah filem pada 16 Disember 1968.
                                Pada 14 Januari 1970 hingga 11 Jun 1972, beliau kembali ke London setelah
                                mendalami seni lakon selama dua tahun.
                                Setelah pulang dari mendalami seni lakon, beliau telah memajukan
                                Memorandum dalam Seminar Ekonomi Bumiputera pada 4 April 1973. Pada
                                30 Mac 1974, PERFIMA telah berjaya didaftarkan pada 1 Ogos 1976,
                                majlis pelancaran filem Menanti Hari Esok  berjaya dilancarkan. Seterusnya
                                pada 8 November 1977, tayangan perdana filem Menanti Hari Esok telah
                                ditayangkan.

                                        Bertolak daripada filem tersebut, pada 15 April beliau telah melancarkan
                                filem Tiada Esok Bagimu. Dalam pada itu, beliau telah menemui Timbalan
                                Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamed, merangkap Menteri Perdagangan
                                dan Perindustrian buat kali pertama.
 
                                        Pada 8 November 1978, filem Tiada Esok Bagimu telah ditayangkan
                                untuk tayangan perdana. Sebulan kemudian, pada 9 Disember 1978 beliau
                                telah menemui Dr. Mahathir buat kali kedua. 7 September 1979, Esok Masih
                                Ada, telah ditayangkan untuk tayangan perdana. Sehingga 30 Mei 1980,
                                beliau telah menghadiri Kongres Ekonomi Bumiputera dan pada 1 Ogos 1980
                                beliau telah berhenti daripada PERFIMA.

                                        Beliau telah memulakan penggambaran filem Bukit Kepong pada 5
                                November 1980 dan filem tersebut telah mencapai box-office pada masa
                                tayangannya. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Pengeluar Filem
                                Malaysia (PFM). Berikutnya pada 1 April 1985, beliau telah dilantik sebagai
                                Ahli Cipta di Universiti Sains Malaysia.

                                         Pada 12 Julai 1986, beliau telah berkahwin untuk kali ketiga dengan
                                Halijah Binti Abdullah. Beliau telah menerima anugerah P. Ramlee pada 14
                                Disember 1986 dan seteusnya menerima anugerah bintang kebesaran Darjah
                                Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato' daripada Paduka Sri
                                Sultan Azlan Shah pada 19 April 1990.

                                         Demikianlah, serba sedikit tentang liku-liku hidup Dato' Jins Shamsudin
                                sebagai tokoh seni dalam arena filem Melayu yang menjadi ikutan oleh
                                generasi masakini dan akan datang.