Make your own free website on Tripod.com
sexual harrassment?
 


 

Apakah korang ingat sexual harrassment hanya terjadi apabila orang lelaki mengharrass orang perempuan? hmm.. tak betul tu.. baca pengalaman benar aku kat bawah ni ..boleh ke dikatakan sexual harrassment?

pada suatu ketika dahulu, aku pernah mengalami satu peristiwa yang sentiasa aku ingat sampai bila2.. waktu tu aku masih budak2 lagi.. aku masih ingat lagi bagaimana perempuan india itu memegang tanganku dan cuba melondehkan seluarku.. aku meronta2 untuk melepaskan diri, namun tangan yang besar dan sedikit berbulu dan berbau minyak bijan itu terlalu gagah untuk aku melarikan diri.. ketika itu, dengan penuh ketakutan, tiada apa yang aku mampu buat melainkan menjerit2 cuba untuk menyelamatkan maruahku.. perempuan india itu tanpa belas ihsan terus meniarapkan aku diatas katil yang bertilam sedikit empuk.. aku cuba bangun tetapi 'perempuan gusti' itu tetap menang.. dengan sekali rentap, seluar pendekku habis dilondehkannya.. tangan kanannya gagah menekan belakang badanku, manakala tangan kirinya pula mula menyapu bumperku dengan tisu yang dibasahi cecair yang tidak aku ketahui.. aku sudah hampir mati kerana ketakutan.. tiba-tiba aku rasa kesakitan yang amat sangat.. perempuan itu menusukkan sesuatu 'senjata' pada bumperku.. aku menjerit sekuat2 hati.. arghhhh...

dengan tiba-tiba perempuan india itu berkata "adik.. sudah siap.. jangan nangis.."

selepas daripada peristiwa itu, aku tidak pernah lagi berjumpa dengan mana2 nurse india.. pengalaman itu terlalu pahit untuk aku ulangi sekali lagi...
 
 

Previous                            Next
 
 
Home

Menu Utama