Zaman
Kerajaan Majapahit
Pada abad pertama barulah pedagang-pedagang India belayar ke Cina. Para pedagang Cina pula belayar ke barat menuju ke India. Selat Melaka telah menjadi laluan dan persinggahan dan menjadi pusat perdagangan antara India dan Cina. Pada masa yang sama para penyebar agama Hindu terutamanya dari India yang datang ke kepulauan Melayu telah menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan mubaligh Hindu menyebabkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Pada zaman ini bahasa Sanskrit telah menjadi asas pemodenan bahasa Melayu Purba menjada bahasa Melayu Kuno. Mengikut Prof. Ismail Hussein (1966: 10-11), 'melalui pengaruh bahasa Sanskrit bahasa Melayu mengalami evolusi yang pertama. Dari bahasa masyarakat yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa melayu mengalami perubahan pertama ke arah bahasa sarjana, yang sanggup menyampaikan idea-idea baru yang tinggi.'
Kerajaan Sriwijaya didirikan pada pertengahan abad ke-7 dan berpusat di Palembang. Semasa kerajaan ini terdapat beberapa batu bersurat yang ditulis dalam bahsa Melayu kuno. yang paling penting ialah:
nama tubuh badan
barang perdagangan alat perkakas ilmu pengetahuan nama binatang tumbuh-tumbuhan senjata agama |
bahu, kepala, muka dan rupa
neraca, laba, kedai dan kodi bajan, pili, jala, penjara, dan sutera guru, pujangga, bahasa, sastera dan bijaksana gajah, singa, serigala, angsa dan kuda. biji, cempaka, cendana, delima dan kasturi cemati, sauka (cambuk), dan sena (tentera). dosa, surga (syurga), neraka, agama dan puasa. |
Dari Sumatera, hasil yang paling utama yang dibeli ialah rempah-ratus. Rempah merupakankeperluan yang penting bagi orang-orang Arab di Saba (kerajaan Saba berdiri antara 950SM-115 SM). Pelabuhan di Sumatera mendapat bekalan dari Pulau Maluku dan Aceh.. Penggunaan kapur barus untuk mengawet mayat yang disimpan di dalam piramid pada zaman Mesir Kuno dikatakan diambil dari satu tempat bernama Barus yang terletak di Pulau Sumatera.
Bahasa Melayu dalam batu bersurat ini seperti yang berikut:
Bahasa Melayu kuno | Bahasa Melayu Moden |
|
|