Make your own free website on Tripod.com
Prakata

Assalamualaikumm...

    Sebagai pembuka bicara kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingganya kepada pensyarah kursus Kajian Filem Melaytu (BBW 3202), Puan Suhana Hamdan, kerana menjanakan minda kami merentasi sempadan siber.

    Homepage ini adalah adaptasi daripada junal yang telah diamanahkan kepada kami untuk menyiapkan. Jurnal seorang tokoh filem Melayu, Dato' Jins Shamsudin kami fikirkan lebih bermanafaat sekiranya dapat disebarkan melalui media siber daripada buku, kerana penyebarannya yang lebih meluas. Juga merupakan tinggalan untuk rujukan dan kenangan buat pensyarah kursus ini selama kami mengikuti kursus BBW 3202..

    Homepage ini juga sebagai bukti bahawa kami amat komited dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan bukan sekadar untuk tatapan pensyarah kursus ini, bahkan juga masyarakat di luar kampus Universiti Putra Ini. Apa yang kami harapkan homepage ini walaupun tidaklah sehebat mana namun masih mampu menunjukkan pelajar Kajian Filem yang rata-ratanya pelajar Bacelor Sastera tidak ketinggalan dalam arus siber, dan mampu bersaing dalam dunia teknologi maklumat dengan caranya yang tersendiri.

 

    Akhir kata kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus ini, dekan Fakulti Pengajian Bahasa Moden dan keseluruhan warga Fakulti Bahasa Moden kerana memberi kesempatan kepada kami melahirkan homepage yang kami harap tradisi ini akan diteruskan oleh generasi yang akan datang.

SEKIAN TERIMA KASIH
Kumpulan 3
 

Klik Ke Halaman Seterusnya