JINS SHAMSUDIN
 

KANDUNGAN           Pada zaman kanak-kanak, beliau termasuk  dalam jenis yang nakal dan
Prakata                     keras kepala. Jiwanya sentiasa  resah-gelisah. 
Ahli Kumpulan          Sejak kecil juga, beliau tidak suka dipermainkan. Selalunya beliau
Pendahaluan             dianggap nakal. Watak jahat itu kemudian meletakkan dirinya setanding
Latarbelakang           dengan artis-artis besar dalam dunia perfileman Melayu di Singapura.
Sepintas Lalu                   Malah,  beliau pernah mendapat jolokan Yul Brayner
Salasilah                    Malaysia kerana watak dan gayanya yang mirip pelakon Hollywood itu. Di
Pengarah                   tangan P. Ramlee, namanya diangkat dalam Panca
Filem Beliau              Delima, empat dekad yang lalu. Sejak itu bermulalah jatuh bangun beliau
Pemilihan Pelakon     dalam dunia perfileman sebagai pelakon, pengarah dan pengeluar filem.
Bibliografi                 
Gambar                             Sepanjang perkembangannya, dunia filem Melayu menghadapi saingan
                                 daripada filem Barat, Hindustan dan Indonesia. Sejak studio di Singapura
                                 gulung tikar, filem Melayu menghadapi pelbagai masalah.
                                 Demikian juga halnya dengan kehidupan Jins Shamsuddin. Rumahtangganya
                                 bersama Rahmah Rahmat tidak bertahan lama. Isterinya yang ada sekarang
                                 jarang dibawa ke tengah masyarakat. Biografi beliau ini menyingkap segala
                                 suka duka filem Melayu dan kisah peribadinya yang belum pernah diceritakan
                                 sebelum ini.
 
 

Latarbelakang
Pendidikan
                                        Nama sebenar beliau Mohamed Zain bin Shamsudin.
Kegemaran dan            Beliau dilahirkan pada 5 November 1935. Berasal dari Taiping Perak.
Gaya hidup                  Keluarganya serta rakan-rakan memanggil beliau Jins. Ayah beliau bernama
                                 Shamsudin b Kassim berasal dari Acheh berketurunan bangsawan. Bekerja
Politik                       sebagai tukang rumah. Ibu beliau bernama Mariam bt.Abdullah, seorang
                                 peniaga sambilan yang menjual barang-barang seperti katil besi, pakaian,
Anugerah                  barang lama, dan sebaginya. Jins shamsudin juga membantu ibunya dengan
Yg Diterima               menjual barang- barang dari rumah ke rumah. Hasil daripada usahanya beliau
                                 berjaya membeli tanah daripada penduduk kampung  dan dapat membantu
                                 keluarga. Dalam usia muda beliau telah mempunyai studio sendiri yang diberi
                                 nama Studio Panca Delima yang mengambil sempena nama filem pertama
                                 lakonan beliau memegang watak utama. Jins namanya yang pelik itu tidak
                                 pernah disoalnya namun mungkin ada hikmah disebalik nama tersebut.
                                 Menurut beliau, nama Jins Shamsudin lebih gemar digunakan setelah menjadi
                                 bintang filem kerana nama ayahnya juga sering dikaitkan dengan nama dan
                                 kariernya.

                                        Jins Shamsudin juga pernah membuat tawaran sebanyak 3 ribu ringgit
                                 bagi sesiapa yang mempunyai nama sepertinya yang berusia lingkungan 20 an,
                                 namun tiada siapapun yang muncul untuk menuntut tawaran tersebut.
 

 Pendidikan
                                        Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bendang, Siam.
                                 Beliau mendapat pendidikan Ala Jepun. Beliau juga seperti orang lain hidup
                                 dalam kesusahan pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pada
                                 tahun 1948 beliau dipilih memasuki “ Special Malay Class”di Sekolah King
                                 Edward , Taiping Perak. Beliau telah lulus darjah lapan yang tarafnya pada
                                 masa itu sama dengan Senior Cambridge. Beliau tidak pernah kekal sekolah
                                 kerana sering bertukar-tukar sekolah. Di Singapura beliau telah bekerja
                                 dengan syarikat Inggeris dalam bidang Kejuruteraan Elektronik. Beliau juga
                                 mula melibatkan diri dalam fesyen dan pementasan drama. Beliau telah juga
                                 belakon dalam filem keluaran Shaw brother, di  antara filem terawalnya ialah
                                 Bayangan Ajal dan Jurang bahaya.

                                        Beliau juga mendapat latihan daripada Lup Lo Wei pengarah terkenal
                                 dari Hong kong. Daripada sini beliau mempelajari teknikal dari Hong Kong.
                                 Beliau juga mendapat pendidikan formal dalam bidang teknologi perfileman di
                                 London Filem school. Sebelum itu beliau telah mengarah dua buah filem iaitu
                                 “Bukan salah ibu mengandung” dan “ Di belakang tabir”.

 
                                        Walaupun telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, beliau tetap
                                 tabah menghadapinya . Hasilnya beliau telah mendapat biasiswa daripada
                                 Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pada 14 Januari 1970, beliau telah ditawar
                                 melanjut pelajaran untuk meningkatkan mutu filem. Ini merupakan orang
                                 Melayu yang pertama yang melibatkan diri dalam bidang perfileman. Selama
                                 dua tahun di luar nagara, beliau telah mempelajari berbagai bidang iaitu,
                                 pengeluaran filem, penulisan skrip, pencahayaan dan kaedah penggunaan
                                 kamera. Berkat daripada usahanya , beliau mendapat Diploma Kelas
                                 Pertama.
 
                                       Beliau pernah juga dijemput menyaksikan pelancaran kapal angkasa
                                 Appolo di Amerika Syarikat.
                                 Jins Shamsudin juga tidak pernah kedekut ilmu. Beliau pernah juga menjadi
                                 pensyarah sambilan di USM, UKM, UM dan ITM. Beliau pernah juga
                                 menjadi pegawai Eksekutif Akademik Filem dan Penyelidik.
 
 

Kegemaran dan
Gaya Hidup
                                        Jins meminati bidang fotografi oleh itu ke mana sahaja pergi beliau
                                 membawa kameranya. Sewaktu zaman persekolahannya beliau mempunyai
                                 tiga orang sahabat wanita yang sering diganggunya, malah mereka juga benci
                                 akan perangai beliau itu.
                                      Beliau juga gemar menonton wayang, malah apabila selesai sahaja
                                 menonton beliau akan meniru gaya pelakon yang ditontonnya itu. Beliau juga
                                 tidak mahu menaiki bas kerana ingin menjaga statusnya sebagai seorang
                                 pelakon.
 
                                         Beliau juga pernah hilang ingatan kerana terlibat dalam kemalangan jalan
                                 raya, sewaktu kecil. Selain itu beliau juga pernah mengalami kemalangan kecil
                                 seperti terjatuh dari pokok selepas meniru adegan filem Tarzan.
                                 Beliau juga pernah mengalami kejutan elektrik sewaktu bertugas. Segala suka
                                 duka beliau menjadi kenangan abadi sehigga kini.
 

Politik
                                        Jins shamsudin juga gemar berpersatuan . Di antara persatuan yang
                                 diceburinya ialah Persatuan Seni Coronation Road dan Persatuan Seni Bukit
                                 Timah. Jins menjadi penasihat dalam persatuan ini. Beliau pernah memegang
                                 jawatan sebagai Pegawai penerangan UMNO cawangan Bukit Timah
                                 Coronation. Semasa di London beliau bersama-sama beberapa orang ahli
                                 Umno yang lain telah seperti Tajuddin Jali, Arif Badul dan lain-lain lagi telah
                                 menubuhkan Umno di sana. Beliau juga dipilih menjadi Ahli Biro Ekonomi
                                 bahagian Taiping Perak.
 
 

Anugerah yang
diterima
                                         Pada tahun 1986, dalam Pesta Filem Melayu ke-6 beliau telah menerima
                                 anugerah P.Ramlee tetapi telah dipertikai oleh Zukifli Ahmad Presiden
                                 Pergerakan Gabungan Karyawan Budayawan Nasional (PAKAR). Beliau
                                 dikatakan tidak layak menerima anugerah itu kerana tidak setanding dengan
                                 P.Ramlee. Jins pernah mengatakan :
 

 “ Seandainya anugerah itu diberikan sebagai pengganti
              P.Ramlee saya pasti tidak menerimanya”.
 

                                            Semasa Pemilihan Anugerah tersebut, selain beliau mereka yang
                                 dicalonkan termasuklah Hj. Jamil Sulung, Omar Rojik, dan beliau sendiri.
                                 Setelah pemilihan dibuat Jins berjaya kerana beliau telah lebih 30 tahun
                                 terlibat dalam perfileman, berlakon lebih 40 buah filem dan menerbitkan 4
                                 buah filem.
 

Salasilah
Keturunan
                                            Keluarga Jins Shamsudin berasal dari Teriang Gading, Acheh,
                                 Sumatera, Indonesia. Moyangnya adalah Dato' Rahmat Putera Radja Negeri
                                 Deli ( Batu Bara ). Datuknya iaitu Kassim atau Qassim bin Bodot ( gelaran )
                                 telah berhijrah ke Semenanjung dan berkahwin dengan Alang Sofiah Binti
                                 Pandat Ubit.

                                             Melalui perkahwinan ini, mereka mendapat lapan orang anak. Anak
                                 yang pertama ialah Enson dan telah berkahwin dengan Raja Mahadi. Mereka
                                 mendapat dua orang anak iaitu Raja Yam dan Raja Putih. Lain-lain anak
                                 Kassim dan Alang Sofiah ialah Hassan, Salasiah, Shamsudin ( bapa Jins
                                 Shamsudin ), Dinah, Maimunah, Rosnah dan Mohamad.
                                 Shamsudin merupakan anak yang ke emapat dalam keluarga ini. Shamsudin
                                telah dipertemukan jodoh dengan Mariam binti Syed Amir ( Mira ).
                                 Mereka dikurniakan empat orang anak, yang pertama Harison, Baharudin,
                                 Hazizon dan yang terakhir Mohd Zain (Jins Shamsudin).

                                         Mohd Zain atau Jins kemudiannya telah berkahwin dengan Rahmah
                                 Rahmat dan dikurniakan seorang anak bernama Mohd Jefri. Kemudiannya
                                 beliau berkahwin pula dengan Jamilah dan mendapat seorang anak lelaki yang
                                 bernama Hang Tuah. Perkahwinannya yang ketiga ialah dengan Halijah.
                                 Beliau telah dikurniakan dua orang anak iaitu  Putera Hang Jebat dan Putera
                                 Hang Nadim. Dalam hal ini, Jins mempunyai empat orang anak yang
                                 kesemuanya adalah lelaki.

                                            Demikianlah serba sedikit berkenaan salasilah dan keturunan Dato'
                                 Jins Shamsudin yang merupakan keluarga perantau akhirnya berjaya mencipta
                                 nama dalam arena seni perfileman.